Ayat Pelaris Majukan Bisnes Tanpa Ilmu Hitam. Insya-Allah Makin Kencang Bisnes…

Inilah Ayat Pelaris Cara Islam Ramai Peniaga Yang Lupa Nak Amalkan. Kongsikan Agar Lebih Ramai Yang Tahu…

Berniaga antara bidang yang paling banyak diceburi oleh masyarakat Malaysia, hampir majoriti umat muslim di Malaysia memilih profesional sebagai peniaga. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menganjurkan kita sebagai umat Muslim untuk berniaga kerana keuntungan dari berniaga sangat banyak hampir 100 % atau lebih lagi, bergantung kepada kita sebagai pedagang yang pandai menerapkan sistem perniagaan Rasulullah SAW.

Memang kita sebagai seorang muslim bebas untuk mencari rezeki dalam bidang apapun asalkan ianya halal, berkat dan tidak berdosa. Oleh itu perlu diingatkan bahawa kita mesti selalu bersikap jujur dan dipercayai sehingga kita akan mendapat keberkatan dari segala bidang usaha kita, kerana hasil dari usaha kita tersebut akan digunakan untuk menafkahi diri sendiri, keluarga dan anak kita sehingga perlu di dijaga kehalalannya.

Ayat pelaris perniagaan ini hanya untuk cuma sebagai rujukan atau usaha anda kerana ingat, rezeki Allah SWT yang mengaturnya jadi kita memohon kepada Allah SWT supaya perniagaan bertambah maju dengan cara berdoa agar perniagaan kita tidak mengalami kerugian. Namun perlu anda diingat bahawa anda juga harus berusaha dengan keras, tekun dan ikhlas kerana jika anda mengandaikan doa saja tanpa usaha maka jadilah seperti lauk tanpa garam.

Bacaan ayat pelaris perniagaan ini dibacakan setelah selesai solat wajib 5 waktu dan boleh juga dibacakan saat anda ingin bergerak ke tempat perniagaan atau semasa ingin membuka kedai yang dilengkapi dengan niat yang benar bagi mencari nafkah buat isteri, anak dan keluarga.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SURAH FAATHIR

“Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.”

Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kiralah online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya pun cukup baik dan indah sekali.

Tidak usah lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu, akidah kita boleh terpesong. Sebetulnya yang melariskan adalah atas kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.

Inna allatheena yatloona kitabaAllahi waaqamoo assalatawaanfaqoo mimma razaqnahum sirran waAAalaniyatanyarjoona tijaratan lan taboor (29)

Liyuwaffiyahum ojoorahum wayazeedahum min fadlihiinnahu ghafoorun shakoor (30)

Terjemahannya:

Ayat 29

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Ayat 30

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Ramai orang Melayu cuma mengamalkan doa-doa pelaris beserta ayat-ayat suci Al-quran hanya ketika melakukan perniagan mereka sahaja, namun amalan-amalan wajib lain ditinggalkan. Bagaimana nak maju dalam perniagaan andai masih seperti ni! Maka jangan sesekali tinggalkan yang wajib untuk mendapatkan rahmatNya.

Wasallam.