Bedak Lejen Ini Boleh Kurangkan Pertumbuhan Jerawat,Terbukti Sejak Zaman Opah-Opah Lagi

Jerawat kecil memang sangat mengganggu, kerana jerawat ini sering muncul di bahagian dahi sehingga menimbulkan rasa gatal di sekitar kulit yang bermasalah.

Nasib baiklah sekarang ni ada banyak produk kecantikan yang boleh membantu menghilangkan jerawat. Namun, bukan semua orang sesuai dengan produk yang sedia ada.

Bagi anda yang masih mencari produk yang sesuai dengan kulit anda, bolehlah cuba produk lejen yang dikongsikan oleh Marina Saringat ini. Terbukti sejak dari zaman opah-opah lagi.

Tips Kurangkan Pertumbuhan Jerawat Yang Suka Tumbuh Tanpa Rela

Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikkan daripada produk yang lama.

Bila cakap bedak Sam Fong aka bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan? Yelah, inilah bedak opah-opah kita and ibu-ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?

Haaa rahsianyaaaa bedak nilahhhhh!

Dua minggu berturut sebenarnya kulit Ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil-kecil yang menggerutu. Makin tumbuh, tumbuh dan tumbuh. Asalnya sebab berpeluh di muka, muka jadi gatal-gatal dan menyakitkan.

Cari punya cari solusi, Ari nekad. Cuba bedak nyonya ni. Yes, bedak nyonya ni Ari pakai sebagai mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.

Alhamdulillahh, getting better. Plus, kulit jadi makin peloles. Hey, rasa nak lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh. Hihihi!

Okey, tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah ni!

Cara – Cara

1. 1/2 sudu kecil bedak nyonya
2. Sedikit air suam. Pastikan dalam keadaan suam sedikit ye.
3. Campurkan dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. Bau makin harum tau. Tenang je, hilang stress.
4. Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu
5. Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.
6. Cuci dan rasakan perbezaan.