Bukan ‘Seluk’ Suka-Suka.Doktor Jelaskan Sebab Dan Juga Proses Check Bukaan Pintu Rahim

Semakin hampir hari nak bersalin,kebanyakan bakal ibu akan rasa berdebar memikirkan sakit kontraksi dan proses doktor ‘seluk’ untuk pemeriksaan bukaan pintu rahim.

Bagi yang sudah berpengalaman bersalin masih terbayang-bayang ngilu dan berdebarnya ketika melalui proses vaginal examination iaitu selukan jari ke dalam vagina yang dilakukan oleh doktor atau jururawat terlatih untuk mengukur saiz bukaan pintu rahim.

Sementara bagi ibu yang pertama kali nak melahirkan bayi tentu sahaja rasa takut terutama bila mendengar cerita pengalaman kawan-kawan lain yang sudah ‘diseluk’

Menurut Dr Muhamaad Izzat proses ini adalah proses normal sebelum ibu hamil melahirkan anak.Apa yang penting jangan takut sampai boleh menggangu proses kelancaran pemeriksaan dilakukan oleh petugas perubatan.

Ibu-ibu mengandung bolehlah jadikan panduan berguna perkongsiaan daripada doktor ini.Semoga ia membantu ibu lebih bertenang dan proses melahirkan bayi lancar.

Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim.

Dalam keadaan biasa,pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka,kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan banyak anak.

Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameternya mencecsh 10cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.

Bukaan pintu rahim ini tentunya oleh vaginal examamination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukkan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.

Jangan Panik

Ramai ibu berasa takut dan gundah memikirkan mengenai vaginal examination,lebih-lebih lagi bagi ibu yang tiada pengalaman melahirkan.

Relaks,bertenang,tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan.Jangan keraskan badan,jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksaan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.

Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim,vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim msih keras atau sudah bertambah lembut,kedudukan kepala bayi,selaput air mentuban masih ada atau tidak,terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.

Maka,vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan,ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai.

Di dalam dewan bersalin,ianya dilakukan setiap 4 jam,atau lebih awal jika doktor merasakanpermeriksaan perlu diawalkan,bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.