Cara Mudah Hafal Doa Dhuha

Doa ini memang doa murah rezeki yang cukup mujarab.

Pesan guru saya, kalau tidak sempat untuk solat sunat Dhuha pun, jangan tinggalkan doa dhuha ini. Itu kalau tidak boleh sangatlah.

Walaupun solat sunat Dhuna ini hanya sunat, tetapi ia adalah amalan yang berkesan untuk kita memohon di murahkan rezeki.Inilah salah satu cara kita bersyukur kepada Allah SWT.

Di sini saya kongsikan dengan anda 2 cara hafal doa Dhuha:

1. Dengar lagu doa Dhuha ini berkali-kali. Kalau anda kerap memandu, download lagu ini kemudian convert dalam bentuk audio dan pasanglah setiap kali anda memandu.

2. Setiap kali selepas anda solat sunat Dhuha anda baca doa ini beberapa kali. Contohnya anda solat 4 rakaat. Jadinya, setiap kali 2 rakaat anda bacalah doa ini.

InsyaAllah, dalam tempoh yang singkat anda akan ingat.Kalau tidak dapat menghafal juga anda tulislah doa ini dalam kertas kecil supaya anda boleh bawa kemana-mana.

Nanti, bila anda mahu solat sunat Dhuha mudah untuk dilihat.

Selamat beramal.