Bila Hari Raya,Kanak-Kanak Paling Happy Sekali.Rupanya Banyak Perkara Yang Mereka Pelajari !

Bila hari raya golongan kanak-kanak paling happy sekali.Dalam pada mereka tak sabar nak pakai baju raya,kutip duit raya dan makan kuih raya rupanya ada banyak perkara yang mereka boleh belajar.

Tanpa kita sedar,di musim perayaan kanak-kanak belajar banyak perkara yang sekaligus meningkatkan perkembangan kemahiran mereka.

Speech And Languange Therapist,Puan Iffah Rashida berkongsi apa yang anak-anak kecil perolehi di hari raya daripada kegembiraan mendapat duit raya !

 

Ibu ayah pun boleh sama-sama membantu si kecil menguasai kemahiran hidup ini.

Raya oh Raya !

Suasana raya adalah suasana yang sangat praktikal untuk melatih pelbagai kemahiran untuk anak-anak kita

Antara kemahiran yang kita boleh praktis bersama anak adalah :

 

1) Kemahiran meminta tolong :

– Minta kuih,air,makanan,mercun ‘pop-pop’ dan duit raya.

 

2) Kemahiran Menunggu :

– Beratur bersama sepapat untuk ang pau atau menunggu giliran untuk mengambil kuih di meja.

 

3) Kemahiran Bermain Bersama-Sama :

– Parallel Play : Bagi anak-anak yang belum boleh bermain bersama-sama,kita letak anak di sebelah kanak-kanak lain dan bagi mereka lihat kanak-kanak lain bermain terlebih dahulu.Mungkin mereka akan cuba untuk join sleepas itu.Elakkan memaksa jika mereka belum bersedia.

– Cooperative Play : Berkongsi dan bermain-main bersama-sama.Guide anak bila perlu.

 

4) Kemahiran Sisial :

– Menyapa (greetings) saudaranya – salam

– Mengucap terima kasih / sama-sama

– Melatih tingkah laku apabila menerima duit raya dari seseorang

– Mengawal emosi dan apply stategi untuk mengatasinya

 

5) Regulasi Sensori :

– Melatih anak regulate arounsal / sensory level mereka.

– Kenal pasti preference,lakukan reheasal dan densensitisation serta bekalkan sensory tolls untuk latih mereka mampu menggunakan tools apabila sensory overload.

 

6) Kemahiran bahasa (kefahaman dan penghasilan bahasa):

– Perkenalkan nama orang,makanan,perbuatan,pakaian,permainan dan sebagainya untuk meningkatkan kosa kata mereka

– Nyanyi lagu raya bersama-sama semasa perjalanan balik ke kampung

– Di kampung keluar dan meneroka persekitaran sambil memberitahu nama benda-benda yang dilihat.

– Galakkan anak tolong kita membuat kuih raya atau menyiapkan juadah.

 

7) Kemahiran Bercerita :

– Ibu bapa boleh ambil gambar suasana hari raya dan buat buku skrap atau simpan dalam phone untuk menceritakan semula kepada anak nanti.Kemudian anak boleh ceritakan kepada kita pula.