Kenapa Bangun Pagi Rezeki Sangat Murah. 6 Bukti Sains dan Agama

Sahabat, tahukah kenapa bangun pagi selalu dikaitkan dengan terbukanya pintu rezeki? Berikut ini adalah beberapa penjelasan bahwa bangun pagi memang dapat membuka pintu rezeki lebih luas lagi.

1. Antara Terbit Fajar dengan Terbit Matahari adalah Saat Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ahmad dan al-Baihaqi, diceritakan bahawa ketika Rasulullah pulang dari solat Subuh di Masjid Nabawi, beliau mendapati puterinya, Fatimah, masih tidur.

Dengan penuh kasih sayang lantas beliau menggerakkan badan puterinya itu lalu berkata, ”Wahai anakku, bangunlah, saksikan rezeki Tuhanmu dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai kerana Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya, antara terbit fajar dengan terbit matahari.”

2. Doa keberkatan dari Rasulullah untuk Umatnya yang mudah untuk bangun Subuh
“Ya Allah berkatilah umatku selama mereka mudah bangun Subuh.” (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

Siapa yang tidak meyakini doa Rasulullah? Doa ini menegaskan bahawa keberkatan akan diperolehi oleh mereka yang senang bangun Shubuh. Bagi yang sentiasa merasa wang yang banyak, tapi tidak pernah cukup, barangkali kerana duit yang diperoleh tiada keberkatan! Cuba praktikkan bangun lebih pagi!

3. Bangun pagi membuat mood lebih baik.

Penyelidik dari Roehampton University di Inggris menyimpulkan kalau bangun pagi membuat tubuh lebih sihat, mood yang baik, dan membuat orang memiliki indeks massa tubuh ideal. “Mereka yang bangun pagi cenderung lebih sihat dan lebih bahagia,” ungkap penyelidik Dr Joerg Huber, yang diambil melalui Medicmagic.

Mereka yang bangun lebih pagi umumnya mempunyai mood yang lebih ceria dan bahagia berbanding orang-orang yang bangun terlambat. Penyelidikan ini juga dilaporkan dalam jurnal Emotion tahun 2012 di mana ternyata sistem saraf dipengaruhi dengan kebiasaan bangun pagi ini.

Mood yang lebih baik dan lebih ceria ini tentu saja mempengaruhi semangat dan motivasi kita dalam mencari rezeki di hari itu.

4. Bangun pagi lebih sihat.

Analisis para ilmuwan dari Universita Toronto Kanada pun menjelaskan, mereka yang bangun lebih pagi secara umum memiliki tahap kesihatan yang lebih baik. Orang yang bangun lebih pagi juga merasa lebih bahagia hidupnya dibandingkan yang bangun lewat karana mereka lebih mudah beradaptasi dengan jadual aktiviti sehari-hari.

5. Bangun pagi membuat tubuh lebih aktif dan bertenaga.

Bangun lebih pagi bukan sahaja membuat tubuh jadi sihat, malah lebih aktif dan terasa penuh tenaga. Apalagi jika disertai dengan senamaman ringkas atau sekadar pemanasan. Hal ini dibahas lebih dalam di Journal of Applied Psychology Sosial tahun 2009.

Tidak hanya itu, bangun pagi pun dikatakan dapat melangsingkan tubuh. Tentu saja orang yang lebih aktif dan betenaga akan lebih bersemangat dalam pencapaian target pekerjaan dan pendapatan rezeki.

6. Bangun pagi membuat tahap tekanan lebih rendah.

Penelitian di Jerman pada tahun 2013 menemukan hubungan antara tekanan yang lebih tinggi dengan kecenderungan tidur larut malam. Mereka yang tidur cukup dan boleh bangun lebih pagi memiliki tahap tekanan lebih rendah.

Tahap tekanan dan stres yang lebih rendah dapat mempengaruhi kerja kita untuk menjadi lebih produktif.