Salah Faham Tentang Rezeki

Kita selalu mendengar ayat ” Rezeki itu milik Allah SWT.”

Tetapi, adakah kita betul-betul yakin dengan ayat tersebut?Anda tidak perlu memberi jawapan bagi soalan di atas kepada saya atau orang lain. Anda hanya jawab pada diri sendiri.

Kenapa perlu jawab pada diri sendiri?Sebabnya, ini adalah persoalan iman.Iman seseorang tidak boleh dinilai daripada luaran. Ia adalah persoalan dalaman diri kita. Jadi, tanyalah diri sendiri.

Kembali kepada ayat ” Rezeki itu milik Allah SWT”. Kalau kita tidak yakin, maka goyanglah iman kita.Tidak mustahil berlegarnya pemikiran yang salah tentang rezeki jika ramai orang Islam yang tidak yakin bahawa rezeki adalah milik Allah SWT.

Contoh Salah Faham Tentang Rezeki adalah seperti berikut:

1. Rezeki bergantung pada usaha manusia. Lagi kuat berusaha lagi banyak rezekinya.

2. Rezeki bergantung pada akal dan kedudukan. Lagi tinggi kepandaian akal dan kedudukan seseorang semakin luas rezekinya berbanding orang bawahan.

3. Rezeki adalah benda yang dapat dihitung secara matematik seperti duit. Kalau duit sedikit, rezekinya semakin berkurang.

Kesannya

Ini adalah pemikiran yang salah dan bimbang membawa kesesatan. Antaranya;

Umat Islam menjadi umat yang materialistik dan cenderung menjai orang yang takut menentang kezaliman dan tidak berani amar ma’ruf nahi munkar karena khawatir akan kehilangan kedudukan dan hartanya.

Jika menuntut ilmu, bukan bertujuan untuk meningkatkan kualiti iman dan manjadi muslim yang bermanfaat untuk agama. Sebaliknya untuk mendapat nikmat habuan dunia. Apabila tujuannya sudah tercapai, maka proses belajar akan terhenti.

Oleh yang demikian, kita perlu belajar dan berlatih meningkatkan keyakinan yang sungguh-sungguh bahawa rezeki memang milik Allah SWT.

Bagaimana caranya?Kembalikan kepada Allah SWT.Carilah guru yang benar untuk membimbing kita mengenal Allah SWT.