10 Barang Seludup Pelik Pernah Ditemui Oleh Pengawal Keselamatan Lapangan Terbang

Kawalan keselamatan di lapangan terbang yang ketat dengan peraturan-peraturan tertentu akan menjamin keselamatan para penumpang dan pengunjung di sekitarnya. Namun ada pula sesetengah orang cuba menyeludup barang-barang yang dilarang.

Jom kita tengok 10 benda pelik dibawa oleh penumpang yang tidak masuk akal sama sekali.

#1. Bungkusan ular mati.

Seorang lelaki dari Korea telah diperiksa oleh pengawal keselamatan. Hasil pemeriksaan menemui beberapa balang dan plastik disumbat oleh ular mati yang berbisa. Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta pada tahun 2007.

#2. Bola meriam.


Seorang penyelam tidak sengaja menemui sejumlah bola meriam ketika menerokai kapal karam yang telah lama ditinggalkan. Kira-kira 300 penumpang terkandas untuk memastikan keselamatan para penumpang yang lain.

#3. Sejumlah iPhone.


Pengawal keselamatan telah mengesan sesuatu yang pelik apabila dikesan oleh alat kawalan. Kemudian menahan seorang lelaki dari Hong Kong yang cuba menyeludup 94 iPhone yang diikat di badannya. Kejadian berlaku pada tahun 2014 di China.

#4. Tarantula.


Pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam telah dikejutkan dengan sebuah bagasi yang mengandungi 200 paket tarantula. Kesalahan itu telah dilakukan oleh pasangan dari Jerman yang dalam perjalanan untuk ke Amerika Selatan.

#5. Jongkong emas.


24 ketul jongkong emas ditemui dalam tandas kapal terbang dari Mumbai ke Bangkok ketika melakukan rutin pembersihan harian. Namun tidak hairanlah kejadian itu berlaku kerana India adalah pengguna emas terbesar di dunia.

#6. Ikan tropika.

Pada tahun 2005 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, pengawal keselamatan telah mengesan pergerakan aneh pada skirt seorang wanita lalu mengambil keputusan untuk menahan wanita tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu cuba menyeludup 51 jenis ikan tropika yang tersembunyi di celah kakinya.

#7. Pistol gincu.


Gincu aneh yang terdapat di dalam beg tangan seorang wanita di Vermont, Amerika Syarikat telah menimbulkan syak wasangka dan diperiksa dengan teliti oleh pengawal keselamatan. Ternyata ia adalah pistol 350,000 volt dan bukannya gincu biasa.

#8. Bom tangan.


Seorang penumpang cuba menaiki kapal terbang bersama empat bom tangan di dalam begnya. Pengawal keselamatan telah merampas bom tangan tersebut dan lelaki itu ditangkap untuk tindakan selanjutnya.

#9. Tali pinggang ‘sexual’.


Tiada kaitan dengan jenayah atau penyeludupan tetapi ianya sesuatu yang pelik apabila seorang wanita British itu telah ditahan di lapangan terbang di Athens kerana memakai tali pinggang ‘sexual’ bagi mengelakkan daripada melakukan persetubuhan ketika bercuti.

#10. Budak dalam bagasi.


Budak lelaki berusia lapan tahun telah diseludup dari Maghribi ke Sepanyol di dalam sebuah bagasi oleh seorang wanita berusia 19 tahun. Wanita itu telah ditahan untuk siasatan berikutnya.

Sumber: Taiko.fun