25 Tanda Anda Sudah Menjadi Hamba Dunia.Nauzubillahiminzalik!

Hari berganti hari,bulan berganti bulan..Anda begitu sibuk mengejar rutin duniawi.Sedar tidak sedar,usia semakin meningkat.Namun sedarkah yang anda mungkin sudah menjadi hamba dunia.

Berikut adalah tanda-tanda anda sudah menjadi hamba dunia :

  1. Anda tidak bersiap-siap waktu solat akan tiba
  2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al Quran lantaran terlalu sibuk
  3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya untuk menambah harta
  4. Anda marah ketika ada orang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang anda lakukan adalah haram
  5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh.
  6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang kaya
  7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga mengabaikan amal ibadah
  8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil
  9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat perkara yang haram dan selalu menunda bertaubat kepada Allah
  10. Anda tiada kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain
  11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat dimiliki
  12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan
  13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu lapang saja,setelah sibuk berkerjaya
  14. Anda memiliki kawan-kawan yang kebanyakkannya tidak mengingatkan anda kepada Allah
  15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia
  16. Anda melalui hari ini tanpa sedikitpun memikirkan kematian,bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya
  17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat
  18. Anda berasa sangat malas dan berat untuk membuat ibadah
  19. Anda tidak ingin mengubah gaya hidup yang berpoya-poya,walaupun anda tahu bawaha Allah melarangkan kehidupan sebegitu
  20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba,tetapi beralasan bahawa itu sahaja cara untuk kekal berjaya
  21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuas-puasnya
  22. Anda sangat prihatin dengan penampilan luaran
  23. Anda yakin bawaha kematian dan hari kiamat masih lambat lagi
  24. Anda menziarahi orang yang meninggal dunia tapi sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya
  25. Anda merasai ketenangan hidup dengan kemewahan yang dimiliki,bukannya merasai ketenangan dengan mengingati Allah

Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk di dalam golongan hamba-hamba Nya yang soleh