5 Ayat Keramat Melentur Emosi Anak Sulung Sekelip Mata

Inilah taktik paling cepat dan berkesan yang saya gunakan untuk ‘lenturkan’ ego Kakak.Maklumlah,anak sulung ni kadang,ada ‘ragam’ dia sendiri bila dia dah dapat adik.Ada 5 ‘ayat keramat’ yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah ‘pencabar’ baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.

Dan yang penting,ayat keramat ini bukan sekadar nak tone down anak sulung ketika marah saja,tapi install the right belief system tentang siapa dirinya di mata ibubapa.

InsyaAllah kena dengan caranya,anak sulung kita akan jadi pembantu kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.

1.Situasi Berebut Barang

Selalu kan anak-anak berebut barang?Kalau anak-anak berebut barang,jangan sewenang-wenangnya menangkan adik yang kecil tak mengerti apa-apa lagi.Tapi jagalah perassan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati,cemburu dan kecewa itu.

Guna ayat keramat,”Adik,minta izin dulu dari kakak/abang..”Selalunya lepas suruh adik ‘minta izin’ untuk guna sesuatu barang,automatically kakak pun akan bagi izin dan berhentilah sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi.InsyaAllah.

2.Situasi Bergaduh,Si Adik Menjerit

Ni commonlah kan.Adik tak pandai cakap lagi,bila dia marah atau tak puas hati,dia akan menjerit dan menangis.Lepastu,bila seorang dah menjerit,seorang lagi pun selalunya sama-sama menjerit sebab rasa terancam dengar adik jerit.

Guna ayat keramat,”Adik,cakap baik-baik dengan kakak..”Sebagai hint,nak beritahu pada kakak,”Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan adik..”

Adik yang menjerit menangis kita tenangkan macam biasa.Dan kakak yang dengar ayat keramat tu pun akan mula ‘lembut’ dan tone down.Tiba-tiba dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan dalam.

3.Situasi Minta Tolong Anak Sulung Jaga Adik

Untuk ajar Kakak menjadi Kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara si ibu sibuk mengemas rumah,memasak atau sebagainya.Untuk pastikan sesi kakak babysetting adik berjalan tanpa adegan yang tidak diingini,awal-awal lagi pesan kepada adik,tapi make sure kakak yang dengar ya..”Adik,adik dengar cakap kakak ya..”Dan selepas itu,sambunglah dengan segala amanat kita untuk kakak ya.Contohnya,”Adik,adik dengar cakap kakak ya.Kakak tak bagi panjat kerusi,adik jangan panjat ya..Kakak suruh makan duduk,adik duduk ya.Adik dengar cakap kakak ya..”

Dan kemudian,baru ulangkan skrip diatas kepada kakak pula.Selalunya,kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau yang ditegah awal-awal,memang kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya.Syaratnya,kena buat taktik di atas.

Automatically,perasaan sebagai seorang kapten kapal yang bertanggunjawab terhadap anak kapalnya ajan terus teraktif dalam diri kakak.

4.Situasi Pujuk Anak Sulung Yang Merajuk/Sedih Hati

Selalunya anak yang berusia 2 tahun ke atas dah pandai merajuk dan ‘bawa diri’.Simple,sebab keinginan tak dipenuhi selalunya.Jadi dalam situasi ini,depan adik-adik,kita tuturkan ayat keramat kita.Make sure,kakak dengar.”Adik,tengok Kakak lukis ni,hebat kan Kakak? SubhanAllah…” atau ”Adik,tadi kakak solehah sangat,sebab kakak tolong ibu kemas mainan tadi..Adik ikut perangai akak ye…”

By the time anak sulung dengar yang dia kena jadi contoh/role model kepada adik-adiknya,selalunya dia akan terus sejuk dan tak jadi nk buat perangai tak solehah dia.

Ya,anak-anak berumur 3 tahun ke atas sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh.Dia boleh relate,mana perangai dia patut buat dan tidak patut buat.Dengar ayat keramat tadi,terus dia malu nak buat perangai bukan-bukan.

5.Situasi Berebut Perhatian Ibu/Ayah & Anak Sulung Cemburu

Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk ‘move on’ dan terima hakikat kini dia berkongsi kasih sayang dengan adiknya.Bila kakak/abang cemburu dengan layanan,simple jelaskan dengan simple keperluan adik dan minta adik ‘minta maaf’.

”Adik nak ibu suap makan ya?Ok,adik minta kakak tunggu sekejap,dan minta adik minta maaf kakak ya..lepas ni,ibu suap kakak pula makan,ya?” Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan kaka.Sambil beritahu kepada adik kecil lagi,adik lapar,adik minta maaf sebab adik makan dulu dan sebagainya.

Si kakak/abang yang dapat penghormatan sebegitu,lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia,”tak apalah,ibu bagi adik makan dulu.Kesian adik lapar..”Ini situasi benar yang sering dihadapi.Bila kakak rasa ‘hak’ dia terancam,minta adik minta maaf.Dan dia pun,akan mula bertolak ansur dan dia tahu dalam ‘hak’ dia untuk dapatkan perhatian ibubapa,adik juga mempunyai hak yang sama.

Kesimpulan

Sampai bila kena guna taktik ini?Takkan sampai bila-bila?

Ya!Memang takkan sampai bila-bila.Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja.Lambat laun kakak memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku ‘perebutan’ meraih cinta dan perhatian ibubapa.

Cuma basically,ini adalah 5 ayat keramat yang boleh kita gunakan untuk lenturkan ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk sentiasa bersikap rahmah dan tolerable dengan adiknya.

Hargai kepercayaan yang anak beri kepada kita.