6 Tahun Pertama Adalah Masa Terbaik Ajar Anak Banyak Bahasa, Ini Cara Farah Lee Didik Maream Esabel

6 Tahun Pertama Adalah Masa Terbaik Ajar Anak Banyak Bahasa, Ini Cara Farah Lee Didik Maream Esabel

Ramai sedia maklum, selebriti Farah Lee ini memang fasih berbahasa Korea. Memandangkan di negara K Pop itulah juga Farah melanjutkan pengajiannya dulu. Dekat 5 tahun Farah Lee sambung belajar di sana. Kefasihan berbahasa Korea turut diterapkan pada satu-satunya permata hatinya, Maream Esabel, 4 tahun.

Disebabkan minat berbahasa mula didedahkan pada anak seawal 9 bulan, dalam usia 4 tahun ini Maream mula menunjukkan minatnya terhadap pelbagai bahasa. Malah ketika usia 2 tahun, Maream boleh faham bila orang Korea tanya umurnya ketika itu.

Bijak kan? Jadi mak ayah, Farah Lee bermurah hati berkongsi pengalaman bagaimana dia memupuk minat berbahasa pada puteri kecilnya itu sehingga umurnya sekarang 4 tahun. Menarik sungguh tip yang dikongsikan dari laman instagramnya ini.

Alhamdulillah nampak Maream takde pun confuse bahasa ke, speech delay ke — dia start cakap pun before umur setahun.

6 Tahun Pertama Masa Terbaik Ajar Anak Banyak Bahasa, Ini Cara Farah Lee Didik Maream Esabel
Bila Masuk Umur 2 Tahun.Masa umur 2 tahun dia faham banyak bahasa Korea (even masa pergi Korea, dia faham orang Korea tu tanya umur dia berapa dan dia boleh jawab), 3 tahun dia tak berminat sangat bila Farah cakap Korea dia suruh jangan cakap, now 4 tahun nampak dia berminat balik, sometimes dia akan tanya “Omma, ni dalam bahasa Korea apa.?”Nampak juga dia minat bahasa-bahasa lain. Contoh bila dia dengar mandarin, tamil, dia akan stare kat orang tu dan teka dia tengah cakap bahasa apa.

6 Tahun Pertama Masa Terbaik Ajar Anak Banyak Bahasa, Ini Cara Farah Lee Didik Maream Esabel
Masa Terbaik Adalah Dari 6 Tahun Pertama Usia Anak.Itu jelah kot.? Ni bukan tips ya, ni personal experience, boleh apply kalau nak try tapi taktau menjadi ke tak kat anak korang. Kang ada pulak cakap pepoyo bajet bagus #pangkang

Tapi kalau nak ajar anak banyak bahasa, first 6 years ni memang masa terbaik, brain dorang akan lebih mudah absorb. Even dorang lupa pun, nanti bila besar akan senang recall bila dorang belajar balik.Multilingual pun salah satu cara untuk tinggikan self-esteem. Try la, just jangan paksa if anak tak berminat. But encourage.? Please do.
Video Maream bercakap bahasa korea :

Video Player

Sumber/Foto : Farah Lee

Sumber : Mingguan Wanita