ALLAHUAKBAR! Ini 20 Dosa Isteri Terhadap Suami Yang Membuatkan Isteri Dibakar Allah Di Neraka!

Agama Islam sudah mengatur semuanya tentang kewajipan isteri terhadap suaminya.Jangan melanggar apa yang sudah diatur dan sesuai syariat apalagi sampai membuat peraturan sendiri

Sekarang tidak sedikit dijumpai seorang isteri yang membangkang kepada suaminya,berkelakuan tidak baik terhadap suaminya,bahkan ada sampai memaki suaminya.Padahal suaminya merupakan ketua keluarga yang baik akhlaknya,beriman dan bertakwa kepada Allah SWT

Dibawah antara dosa yang isteri buat terhadap suaminya yang menjerumuskan isteri ke neraka :

1) Mengabaikan sewenang suami sebagai pemimpin rumah tangga.
Sepatutnya isteri menuruti semua bentuk peraturan atau perintah suami

2) Menentang perintah suami
Didalam rumah tangga sudah kewajipan seorang isteri untuk mematuhi suami dan taat kepada suami.Isteri juga harus menuruti perkataan suami baik larangan atau suruhan asal masih dalam hal kebaikan

3) Menolak untuk bergaul dengan suami (hubungan suami isteri)
Allah sudah mengatur manusia berpasangan dan untuk memperoleh keturunan,berpasangan lelaki dan perempuan diikat dalam sebuah pernikahan yang sah sesuai dengan syariat Islam.Dengan demikian pasangan tersebut sudah halal dan saling melengkapi untuk mempunyai keturunan.

Di dalam Islam seorang isteri yang menolak ajakan suami untuk bergaul,bererti si isteri telah membuka pintu laknat dari Allah terhadap dirinya

4)Tidak menemani suami tidur
Dari Abu Hurairah RA,Rasulullah bersabda :”Bila seorang isteri semalaman tidur terpisah dari ranjang suaminya,maka malaikat melaknatnya sampai subuh.

5) Memaksa dan memberatkan beban suami dalam menari nafkah
Kewajipan suami adalah mencari nafkah (rezeki) yang halal untuk memenuhi kecukupan rumah tangganya.Tugas suami hanyalah mencari dan Allah SWT sudah mengatur semuanya baik sedikit mahupun lebih

6) Tidak pernah berhias di depan suami
Dalam Islam isteri hanya dibolehkan untuk berhias,mencantikkan diri atau berdandan hanya kepada suaminya saja.Sehingga suami semakin cinta dan sayang kepada isteri dengan mengharap redha Allah SWT

7) Menjerumuaskan suami ke dalam hal-hal yang dilarang Allah SWT
Seorang isteri yang menjerumuskan suami ke dalam hal-hal yang tidakbenar dan tidak sesuai syariat Islam,ini akan mendekatkan mereka berdua ke neraka Allah

8) Mengesampingkan kepentingan suami kerana kepentingan lain
Dari Aisyah RA,ujarnya : saya bertanya kepada Rasulullah SAW “Siapakah orang yang mempunyai hak paling besar kepada seorang wanita> :Sabdanya :”suaminya”. Saya bertanya :”siapakah orang yang paling besar haknya terhadap seorang lelaki.” Jawabnya :”Ibunya”.(HR Bazaar dan Hakim:Hadis Hasan)

Dari hadis di atas dapat diambil kesimpulan seorang osteri terlebih dahulu mementingkan suaminya dibandingkan ibu dan bapanya.

9) Keluar dari rumah tanpa izin
Dalam Islam seorang isteri mejadi pendamping suami,dimana sudah tanggungjawabnya mengurus rumahtangga.Jika isteri ingin pergi keluar rumah untuk keperluan apapun itu juga sepatutnya meminta izin dari suami.

Bagaimana jika pergi tanpa izin?

Jika pergi tanpa izin bererti sudah melanggar apa yang diajar dalam Islam.Dan dengan demikian ianya derhaka kepada suami dan ia berdosa

10) Lari dari rumah tanpa pengetahuan suami
Rasulullah SAW bersabda :”Dua golongan yang solatnya tidak bermanfaat bagi dirinya iaitu hamba yang melarikan diri dari rumah tuannya sampai ia pulang; dan isteri yang melarikan diri dari rumah suaminya sampai ia kembali.”(HR Hakim dari Ibnu Umar)

11) Menerima tetamu lelaki yang dibenci suami
Dalam sebuah hadis,Rasulullah telah menegaskan bahawa seorang isteri diwajibkan memenuhi hak-hak suaminya diantaranya :

– Tidak mempelawa siapapun yang tidak disenangi suaminya
-Tidak mengizinkan tetamu masuk bila yang bersangkutan tidak disukai oleh suaminya

12) Tidak menolak jika disentuh oleh lelaki lainRasulullah menjelaskan bahawa seorang isteri yang mmebiarkan dirinya disentuh lelaki lain boleh diceraikan.

13) Tidak menjaga suaminya ketika suami jatuh sakit
Seperti penjelasan diatas,kepentingan seorang suami haruslah didahulukan.

14) Puasa sunat tanpa izin suami berada di rumah
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Seorang isteri tidak halal berpuasa ketika suami ada dirumah tanpa izinnya.”(HR Bukhari dan Muslim)

15) Menceritakan tentang fisik wanita lain kepada suami
Dari Ibnu Mas’ud ujarnya : Rasulullah SAW bersabda :”Seorang wanita tidak boleh bergaul dengan wanita lain,kemudian menceritakan kepada suaminya keadaan wanita itu,sehingga suaminya seolah-olah melihat keadaan wanita tersebut.”(HR Bukhari dan Muslim)

16) Menolak keinginan suami bergilir dengannya (bagi suami yang memiliki lebih satu isteri)
Seorang isteri yang dimadukan,tetap mempunyai hak dan kewajipan untuk mentaati perintahnya,menyenangkan hatinya,berbakti dan selalu berkelakuan baik kepada suaminya ketika ia datang

17) Mentaati perintah orang lain di rumah suaminya
Seorang isteri jangan pernah sama sekali mentaati perintah dari siapapun dirumah suaminya.Satu-satunya orang yang wajib dituruti hanyalah suaminya.

18) Menyuruh suami menceraikan madunya
Tidak boleh bagi seorang isteri yang sudah bermadu meminta suaminya untuk menceraikan isteri suami yang lain

19) Meminta harta suami tanpa izinnya
Jangan pernah sama sekali mengambil harta benda suami tanpa izin daripanya walaupun hanya sedikit sahaja

20) Meminta cerai tanpa alasan yang kukuh
Jangan meminta cerai dari suami tanpa alasan yang kukuh.Penceraian adalah perkara yang dibenci oleh Allah SWT.

Jika ada sesuatu masalah yang berkaitan dengan rumah tangga (permasalahan dengan suami) jangan jadikan media sosial untuk berkongsi dan jangan cerita kepada orang lain.Minta petunjuk kepada Allah SWT.Jazakumullah.