Amalan Selalu Membaca Wirid Surah Waqiah 3x Sehari Agar Rezeki Melimpah.Nescaya Pasti Akan Memberi Banyak Perubahan.

Baca surah al-Waqiah 3 kali sehari. Seperti kita ketahui bahawa salah satu cara mengamalkan wirid surah Waqiah adalah dengan membacanya 3 x sehari. Kita semua mengetahui bahawa Surah al-Waqi’ah sudah sangat terkenal di kalangan

Umat Islam sebagai surat kekayaan atau surat kerezekian. Wirid surah waqiah ini banyak dijadikan sebagai wasilah untuk memohon agar diberikan rezeki yang melimpah.

Keistimewaan surat al-Waqiah ini kerana adanya riwayat dari Nabi yang menyatakan bahawa siapapun yang membaca surah Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kefakiran atau kemiskinan selamanya. Memang riwayat ini dipertanyakan kesahihannya, namun mengamalkan kandungan hadis itu dengan niat membaca al-Qur’an saja dapat pahala.

Amalan Wirid Membaca Surah Waqiah 3 x Sehari Agar Rezeki Melimpah

Untuk anda yang belum boleh membaca surah Waqiah, anda boleh membeli dari kedai yang menjual kitab al-quran. Biasanya digabung dengan tahlil, Yasin dan surah-surah mulia yang lain.

Berikut ini salah satu pengalaman yang pernah dialami oleh seseorang yang mengamalkan amalan wirid Waqiah ini sebagai berikut:

Izinkan dengan kerendahan hati saya mahu berkongsi sebuah amalan yang saya amalkan sejak remaja sampai sekarang, dan alhamdulillah jalan tak terduga selalu ada bagi saya di dalam kehidupan.

Amalannya adalah:
1. Lazimkan Baca Surah Waqi’ah 3x sehari; boleh 3x dalam sekali duduk atau pisah-pisah yang penting sehari 3x.
2. Melazimkan Sholawat apapun. Dulu saya melazimkan Sholawat Nariyah sehabis sholat fardhu 11x.

Setiap selesai membaca Surah Waqi’ah, saya diajarkan oleh guru saya membaca doa di bawah ini:

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِحَقِّ سُوْرَةِ الْوَاقِعَةِ وَأَسْرَارِهَا أنْ تُيَسِّرَلِيْ رِزْقِي كَمَا يَسَّرْتَهُ لِكَثِيْرٍ مِن خَلْقِكَ يَا ألله يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

“Alloohumma inni As aluka bihaqqi suuratil Waaqi’ah Wa asroorihaa antu yassiroli rizki kamaa yusarritahu li katsiirin Bi kholqika Yaa Allooh Yaa Robbal ‘Aalamiin”

Terjemah doa sesudah membaca surat al-Waqiah:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan kebenaran surah Waqi’ah dan rahsia-rahsianya, agar Engkau berkenan memudahkan rezekiku sebagaimana Engkau memudahkannya untuk kebanyakan makhlukMu, ya Allah, ya robbal ‘alamin”

Tapi ada syarat yang diperhatikan, iaitu amalkan dan baca dengan berpanjangan (terus-menerus) sampai terlihat bukti dari amalan tersebut. Namun untuk pemulaan, cuba lakukan perkara di atas tanpa terlewat dalam waktu 90 hari. Catat perjalanannya dan diikuti dengan puasa-puasa sunnah lainnya, untuk memperkuat aura keberhasilan.

Yang penting harus ikhlas mengamalkannya dan dilakukan secara berterusan.