Anda Selalu Rasa Malas Nak Beribadah? 3 Perkara yang sering kita lupa

Sedarkah anda apa yang menyebabkan diri malas beribadah?

Sebenarnya kita mampu untuk membaca Al-Quran sehari 1 juzuk, namun kenapa rasa malas?

Kita juga mampu nak bertahajud tapi berat untuk melakukannya walaupun terbangun di sepertiga malam terkahir.

Pernah terfikir tak kenapa terjadinya begini?

Bawah ini 3 punca yang menyebabkannya

1 #MAKSIAT

Dosa maksiat yang pabila dilakukan, akan membuatkan badan terasa berat sangat untuk melakukan ibadah, hati serta fikiran akan menjadi gelisah dan tidak menemukan kenikmatan ketika beribadah,

Lantas akan menyebabkan kita melaksanakan ibadah dengan tergesa-gesa dan pantas mahu selesai.

Cuba renungkan kembali maksiat yang telah dilakukan oleh anggota tubuh badan.

Mata berpotensi melihat perkara yang haram seperti aurat wanita/lelaki yang terdedah. Sukakah kita melakukan hal tersebut? Menikamati aurat orang lain yang terdedah.

Telinga mungkin selalu hal-hal yang elok seperti mendengar ghibah, kata-kata makian ataupun fitnah dan perkara yang tidak benar. Astaghfirullah mungkin kita sering sangat melakukan perkara ini dan menyebabkan sukar menitiskan air mata tatkala mendengar lantunan ayat Al-Quran.

Maksiat dari lidah pula boleh terjadi ketika bercerita tentang keburukan orang lain, menyakiti perasaan orang lain serta berkata lucah dan kotor. Bagaimana dapat kita rajin beribadat  bila setiap anggota badan membuat maksiat dan lidah kita jarang beristighfar?

Bila kita terbiasa membuat maksiat terus-menerus, pastinya kita akan merasa sangat berat untuk melakukan ibadat wajib mahupun yang sunat.

2 #MAKANAN HARAM

“Dan Kami nampakkan neraka Jahannam pada hari itu kepada orang-orang kafir dengan jelas. Iaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup dari memperhatikan tanda-tanda kebesaran-Ku, dan adalah mereka tidak sanggup mendengar.” (QS. 18: 100-101)

Makanan haram boleh menyebabkan penghalang kepada anggota badan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Ingatlah makanan yang kita ambil akan disalurkan zat-zatnya melalui peredaran darah ke seluruh tubuh, ketika makanan haram sampai ke telinga, maka telinga kita gah mendengar lantunan ayat, ketika sampai ke mata, mata kita sukar menolak memandang hal yang haram dipandang.

3 #MELUPAKAN KEMATIAN

Sesungguhnya bila manusia itu melupakan kematian, pasti ia akan menjadi malas untuk beribadat. Maka sangatlah disarankan untuk sentiasa meminta ampun dan memperbanyak mengingati Penghancur (pemutus) Segala Nikmat.

Allah SWT berfirman:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.”(QS. Ali Imran : 185)

TIP LEBIH RAJIN BERIBADAT

Seringkali mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan.

Mengingati dunia ini cumalah pentas sementara yang akhiratlah sahajalah yang kekal selama-lamanya.

Mengingati bahawa kematian datang tidak kira waktu.

Sering menghadiri majlis-majlis ilmu dan saling menasihati dan mengingatkan sesama yang lain.

Kurangkan berjumpa atau bergaul dengan meraka yang bersikap negatif.

Mintalah orang yang terdekat agar sentiasa mendorong melaksanakan ibadah dan sering mengingatkan kita bila leka dalam beribadat.

Berdoa dan mintalah kepada Allah SWT. Doa yang diajarkan:

“Allahumma a’innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika.”

(Ya Allah, bantulah aku untuk selalu mengingat-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk melaksanakan ibadah kepada-Mu secara baik).

Wallahu a’lam (dibenarkan share)