Barang-barang berguna yang hanya boleh dibeli dari Daiso dengan harga RM5.57 sahaja

Bagi mereka yang menggilai barangan rumah Jepun, kunjungan ke Daiso boleh diibaratkan seperti berkunjung ke syurga membeli-belah. Deretan produk yang dijual dengan harga serendah RM5 itu pastinya membuatkan ramai yang meronta-ronta mahu membelanjakan wang ringgit mereka di sini.

Berikut merupakan antara barang-barang berguna yang paling berbaloi untuk di beli di kedai ini :

1. Penghalau kucing

Cat repellent. (Penghalau kucing) INI BUKAN RACUN. Kucing berak merata-rata elok la beli ni utk kesejahteraan bau bauan.

2. Pembeku minyak masak

Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dlm tong sampah. kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke alam flora, di sarankan beli ni untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar.

3. Pengasing sampah di sinki

Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah di sinki untuk kesejahteraan longkang.