Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Dibayar sebelum Krismas dan ini syarat perlu anda tahu

Bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019 akan dibayar sebelum 25 Dis ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

“ Ini kali pertama kita bayar bonus pada tahun yang sama. Sebelum ini (bayaran khas) dibayar pada tahun berikutnya.

“ Belanjawan 2018 memang tiada. Maka, kita akan mencari sumber.

“ Kita berharap menerusi pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menambah sedikit (pendapatan) untuk menampung bonus pada tahun ini,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Sebelum itu, Lim menghadiri Majlis Mesra Warga Kastam Bersama Menteri Kewangan bersempena Sambutan Deepavali 2018 di Kompleks Kementerian Kewangan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 Nov lalu, Lim berkata kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

Bayaran khas itu melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion. Ditanya mengenai khabar angin rombakan kabinet, Lim berkata: “Saya tidak dengar langsung.”

Sebuah portal sebelum ini melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan rombakan kabinet bulan depan kerana tidak berpuas hati dengan prestasi beberapa menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Portal itu mendakwa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun antara yang bakal digugurkan.

Berikut di bawah ini adalah senarai penuh Belanjawan 2019 yang selamat dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada petang Jumaat bermula jam 4 petang, 20 Nov 2018

Seperti tahun-tahun sudah, pembentangan belanjawan dinanti-nantikan oleh setiap warganegara bagi mengetahui manfaat yang bakal dinikmati pada tahun depan. Ini 12 highlight Belanjawan 2019 yang mesti semua orang tahu!

Syarat bagi Melayakkan Anda Menerima Bantuan Sara Hidup ( BSH) tahun 2019 adalah seperti berikut;

a) Untuk Isi rumah berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah; Jumlah BSH RM1000 + RM120/ anak

a) Untuk Isi rumah berpendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000; Jumlah BSH RM750 + RM120/ anak

a) Untuk Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000; Jumlah BSH RM500+ RM120/ anak

Sementara di bawah ini pula adalah pengumuman kerajaan baru-baru ini tentang belanjawan untuk tahun 2019

1) Bayaran balik PTPTN antara 2%-5%

Pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN dengan kaedah potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

2) Pas bulanan pengangkutan awam RM100 tanpa had

Dalam usaha mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya, kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan. Antara yang terlibat perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

3) Bantuan sara hidup RM500 hingga RM1k

Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

4) Subsidi minyak bersasar

Subsidi minyak secara bersasar kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

5) Kenaikan tol dibeku

Kerajaan turut akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019. Menurut Lim Guan Eng, langkah mengutamakan kepentingan dan hal ehwal rakyat itu bakal memberi kesan kewangan dianggar bernilai RM700 juta.

6) Kemudahan perubatan untuk ibu bapa penjawat awam

Kemudahan perubatan untuk 30,000 pegawai lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam dilanjutkan kepada ibu bapa mereka bagi memastikan golongan itu menikmati kemudahan sama seperti penjawat awam tetap.

7) Gaji minimum RM1.1k

Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia selaras dengan keperluan untuk memastikan kadar gaji dapat menampung suasana kos sara hidup.

8) Caruman dikurangkan kepada 4% bagi warga emas

Bagi menggalakkan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang berumur 60 ke atas, kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada 6% kepada 4%.

9) KWSP untuk i-Suri

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-SURI. Melalui skim ini, kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

10) Hapus kira peminjam hutang 60 tahun ke atas

Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta.

11) Subsidi petrol 30 sen

Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

12) Bayaran khas untuk penjawat awam gred 54

Kerajaan turut mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 BSH

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 BSH. Anda tahu bagaimana cara kemaskini Bantuan Sara Hidup?

Menerusi kenyataan daripada Menteri Kewangan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup tahun 2019 yang sebelum ini dikenali sebagai BR1M menerusi pembentangan Belanjawan 2019. Bagi anda yang pernah membuat permohonan BSH sebelum ini, anda boleh membuat pengemaskinian BSH untuk tahun 2019.

Kemaskini ini perlu dibuat bagi mereka yang ada perubahan maklumat peribadi seperti contohnya alamat rumah, emel, nombor telefon dan sebagainya. Berikut kongsikan cara kemaskini BSH 2019 secara online dan manual borang.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 BSH

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi kemaskini BSH :

Tarikh Dibuka : akan dikemaskini
Tarikh Ditutup : –

Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 Online dan Manual

A. Secara Online

  1. Pemohon boleh membuat pengemaskinian BSH 2019 dengan melayari di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my
  2. Klik menu Kemaskini Permohonan
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik kemaskini Permohonan

B. Secara Manual (Guna Borang)
Selain online, anda juga boleh membuat kemaskini BSH 2019 secara bertulis iaitu dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati seperti berikut ;

  1. Anda boleh layari ke Portal Rasmi BSH melalui pautan di https://bsh.hasil.gov.my dan muat turun di menu Borang ATAU:-
  2. Anda perlu pergi ke Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN ATAU:-
  3. Ke Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Penerangan.

Selamat membuat kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 secara atas talian atau isi borang manual. Semoga anda mendapat bantuan ini dan menggunakan untuk perbelanjaan harian.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Berita Harian dan malays1akini