Biru, putih ataupun hijau dan mengapa air Evian mahal? Berikut merupakan maksud sebenar di sebalik warna penutup botol air

Sekiranya anda perasan, setiap botol air mineral ataupun minuman mempunyai warna yang berbeza-beza. Ada yang berwarna putih dan ada pula yang berwarna biru ataupun hijau.

Bukannya bertujuan untuk kosmetik semata-mata, tetapi sebenarnya setiap warna pada penutup botol ini mempunyai maksud dan identiti mereka yang tersendiri.

Penutup biru

Diperoleh daripada sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan sebelum dibotolkan dan dilabelkan sebagai air mineral.

Penutup putih

Merupakan air paip yang ditadah dan kemudiannya menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa menjadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air itu hilang.

Sebab itu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman dan dijual pada harga yang lebih bermurah berbanding dengan air mineral yang berpenutup biru.

Penutup hijau

Yang penutup hijau itu air mineral semulajadi. Air ini diambil khas dari dalam tanah dan mempunyai kandugan air mineral yang sangat tinggi.

Air mineral Evian

Dihasilkan daripada air mineral tulen daripada pergunungan di Perancis dan diimport terus daripada Perancis. Rasa air Evian ini sedikit berbeza berbanding dengan air mineral yang biasa.

Ada yang berpendapat rasa Evian ini lebih kurang macam rasa air Zam-zam. Ada sedikit masin dan payau. Mungkin sebab kandungan mineral atau garam galian yang tinggi di dalam minuman ini.