“Block Je” – Nasihat Suami Kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil tindakan mudan menyekat komen ‘haters’ yang meninggalkan komen berbaur negatif di dalam laman Instagram miliknya.

Menurut penyanyi tersebut,dia bertindak sedemikian kerana mahu mengekalkan suasana yang baik di laman sosial miliknya.

“Saya block sahaja mereka yang meninggalkan komen negatif kerana ia menjejaskan keadaan di laman sosial saya.Saya tak mahu aura negatif itu wujud.Jika ianya komen membina,saya menerimanya tetapi jika komen itu sekadar menjatuhkan dan memberi kritikan tanpa usul periksa,saya tahu niat mereka.”-Ujar Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu,Siti juga mengikuti nasihat suaminya,Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa agar jarang memuat naik foto anak mereka,Siti Aafiyah Khalid di laman sosial.

“Nasihat suami kepada saya,jika terlalu kerap saya berkongsi foto anak di laman sosial,pastinya ia mengundang cakap-cakap yang tidak baik.Tidak semua orang melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang baik.Lebih baik berhati-hati dan menurut sahaja nasihat suami.”-Ujarnya lagi