Budak Lelaki Yang Mengalami Masalah Pendengaran Ini Buat Pertama Kalinya Dapat Mendengar Suara Si Ayah, Tangisannya Buatkan Semua Orang Tersentuh Hati Dan Menangis

Budak Lelaki Yang Mengalami Masalah Pendengaran Ini Buat Pertama Kalinya Dapat Mendengar Suara Si Ayah, Tangisannya Buatkan Semua Orang Tersentuh Hati Dan Menangis

 

Luiz Gustavo da Silva, berusia sembilan tahun tetapi mengalami masalah pendengaran. Luiz boleh mendengar sekiranya diberikan alat bantuan pendengaran, dan orang ramai telah berjaya membantu keluarganya mendapatkan alat bantuan pendengaran itu. Apabila alat itu dipasang di telinga dan mendengar suara ayahnya, reaksi Luiz akan membuat sesiapa sahaja berasa sebak.
Lihat saat indah dan menyentuh hati ini di bawah. Pasti berasa sayu.

Video Player

Rakaman video ini menunjukkan saat di mana Luiz yang mengalami masalah pendengaran, dapat mendengar suara ayahnya buat pertama kali, dan dengan secara tiba-tiba hatinya berasa sangat tersentuh.

Pada usia sembilan tahun, Luiz telah menjalani pembedahan implan di dalam telinganya bagi membolehkannya dapat mendengar seperti kanak-kanak normal yang lain. Tetapi saat keterujaannya untuk mendengar menjadi terbantut apabila alat bantuan audio yang ditanam di dalam telinganya tidak dapat berfungsi. Dan keluarganya tidak mampu untuk memperbaiki alat itu.
Luiz tidak dapat mendengar apabila alat bantuan pendengaran itu diletakkan di telinganya

Selepas mendengar dan mendapat tahu masalah Luiz, beberapa orang dalam komuniti di Bueno Brando, Brazil telah mengeluarkan belanja untuk membaiki alat bantuan pendengaran Luiz. Kini Luiz memiliki alat bantuan pendengaran yang baru atas jasa kemurahan hati penduduk setempat.

Dalam video ini, Luiz memerhatikan ayahnya membetulkan alat bantuan pendengaran yang baru itu.

Ayah Luiz telah membuat keputusan merakamkan saat berharga ini. Anda dapat melihat betapa Luiz begitu teruja dan gementar. Begitu juga dengan perasaan ayahnya yang meletakkan alat itu di telinga Luiz. Alat bantuan pendengaran itu dihidupkan dan ia masih tidak berfungsi.

Tetapi kemudian, selepas ia diperbetulkan, Luiz dapat mendengar buat pertama kali. Luiz tidak dapat menahan rasa gembira dan sebak dalam masa yang sama. Reaksi spontan dengan kejutan apabila dapat mendengar dan tangisan kegembiraan ini sungguh bernilai tinggi harganya.

Luiz tidak dapat menahan air mata kegembiraannya dan dia terus menangis sambil memeluk ayahnya. Ayah Luiz berkata, “Tidak perlu menangislah, kamu sudah boleh mendengar bukan?”. Akan tetapi ayahnya sendiri tidak dapat menahan rasa sebak dan turut menangis bersama.

Luiz tidak lupa mengucapkan rasa terima kasih kepada semua orang yang telah membantunya mendapatkan alat bantuan pendengaran ini dan kini dia sudah boleh mendengar seperti mana orang lain.