Cara Bertungku Dengan Betul, Wajib Kena Dekat 4 Bahagian Badan Barulah Hasilnya Perut Kempis Dan Tak Buncit

Cara Bertungku Dengan Betul, Wajib Kena Dekat 4 Bahagian Badan Barulah Hasilnya Perut Kempis Dan Tak Buncit

Bertungku sebenarnya ada banyak kelebihan. Ia bukan saja untuk wanita bersalin yang sedang berpantang malah anda yang mahu memanaskan badan dan membetulkan kembali perjalanan darah amat bagus melakukannya.

Tapi jangan sampai salah letak batu tungku pada kawasan yang bukan ‘spot’ tepatnya. Sebab nanti hasilnya tak jadi apa. Penat saja anda beria-ia kata bertungku tapi rupanya cara anda itu salah.Perkongsian daripada Puan Mira Baharin tentang cara bertungku yang betul ini besar manfaat.

Diterangkan juga anggota badan mana yang perlu ditungku, beserta sebab dan bagaimana bertungku itu perlu dipraktikkan.

Tuku Masok a.k.a Bertungku
“Ni nama dia TUKU MASOK (ore Kelate kata) guna batu sungai. Bukan TUKU MODEN, guna tuku besi.”“Saya throwback masa berpantang bersalin no. 3 , 2 tahun yang lepas. Memang saya berpantang 100% ikut cara orang lama. Ni lah rahsia my mom lepas bersalin habis pantang, perut kempis dan tak buncit. Maintain sampai seorang . Saya teruskan bertungku sampai ke hari 40”.

BAHAGIAN BADAN YANG PERLU DITUNGKU

Bahagian Peranakan
Ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungkuk di bahagian ini dilakukan ketika ibu berbaring.

Tungku Diletakkan Sekitar Buah Dada
Dengan perlahan-lahan supaya darah mengalir dengan baik, mebolehkan air susu keluar lancar. Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Kemudian beralih ke bahagian kanan ketiak kanan dan kiri. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Di Bahagian Tengkuk
Bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Di Bahagian Bawah Pinggang
Anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang, atau dengan menggolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang. Sekiranya tungku itu berbentuk bulat atau bujur. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

cara bertungku dengan betulKredit: momsavenues.com
Manfaat Bertungku
Bertungku sebenarnya mempunyai banyak kebaikan. Antaranya bertungku elok untuk membetulkan perjalanan darah, memanaskan badan si ibu serta merawat beberapa penyakit. Malah ia juga dapat memecahkan darah beku.

2 Kaedah Bertungku
Tungku refleksiologi yang menggunakan batu gunung berapi dan bertungku badan menggunakan batu sungai.Tungku refleksiologi diletakkan di tapak kaki kerana tapak kaki merupakan pintu kepada organ-organ penting badan kita.

Dengan meletakkan tungku pada tempat yang betul ia dapat merawat rahim dan organ badan yang lain.Selalunya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang selama 45 minit.Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku.

Batu tungku dipanaskan lebih kurang selama 30 minit. Setelah itu, dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu. Setelah dibalut dengan rapi, hujungnya diikat dengan ketat supaya tidak terburai.

Nota
Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah pada waktu pagi. Iaitu sebelum matahari naik dan pada waktu petang. Selepas waktu asar.

Tetapi bertungku boleh juga dilakukan sewaktu badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar.

Tungku perlu dibakar semula sekiranya telah sejuk.

Sumber/Foto: FB Mira Baharin – Mingguan Wanita