CARA MENGUBATI PENYAKIT BATU KARANG MENGIKUT ISLAM.

Biasa kalau kena sekali batu karang tengah malam,memang orang dewasa paling gagah pun akan tumbang!Amalkan bacaan ini selama 3 hari dengan niat yang penuh pengharapan,pasti batu besar mana pun Allah akan hancurkan

Penyakit batu karang amat selalu terkena pada kaum lelaki.Biasanya ia dimulakan dengan sakit di sisi pinggang,dan menjalar ke sisi di dalam peha.Sekali terkena memang memang berguling-guling la pesakit batu karang ni,tambah-tambah kalau kena di waktu malam.

Kalau tak diubati sakit ini,batu akan makin besar dan sekat air dari dikencing keluar.Kesannya air yang tak bergerak keluar tu akan biakkan kuman yang akan melingkupkan terus buah pinggang kita.

Sekali buah pinggang rosak,kita akan kena cuci buah pinggang seumur hidp.Seumur hidp yang tinggal lepas buah pinggang rosak tu jangan risaulah,takkan lama-lama.

Sebelum mengamalkan amalan ini pastikan ada wuduk dan menghadap kiblat.

  1. Baca penutup 3 botol besar air mineral,jangan campur gula atau pewarna(pantang)
  2. Baca Alfatihah 3 kali, di ayat iyyakanakbudu itu doakan kesembuhan kita,dengan niat supaya Allah menghancurkan kapur-kapur lebih di dalam badan kita
  3. Baca WALYATALATTOF tiup masuk hembusan udara di ketiga-tiga botol,tutup cepat dan jangan simpan di dalam peti ais
  4. Habiskan 3 botol air itu dalam masa sehari,kalau rasa nak terkencing pun paksa sahaja minum
  5. Cukup hari ketiga,anda akan ras air kencing anda berpasir,teruskan amalan hingga hari ke 7,InsyaAllah akan disembuhkan