“Cara Qada Solat Yang Tertinggal” – 1 Kali Anda Sebar Dan Kongsi Mungkin Dapat Menginsafkan Beribu Insan Yang Tidak Tahu Tentang Ini.

Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat dalam rukun Islam yang ke 2.Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat?

Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya,sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh.Mungkin kita adalah dalam golongan yang permah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja.Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh.

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita,mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat.Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu.Puasa yang ditinggalkan kena ganti,hutang dengan manusia kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah.Apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagaimana mahu qada solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan.Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah SAW sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tertidur atau terlupa.

Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu

1- Solat Subuh :
“Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Taala”

2- Solat Zohor :
“Sahaja aku solat fardhu zohor empat rakaat qada’ kerana Allah Taala”

3- Solat Asar :
“Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat qada’ kerana Allah Taala”

4- Solat Maghrib :
“Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Taala”

5- Solat Isyak :
“Sahaja aku solat fardhu isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Taala”

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja atau tidak sengaja) sejak akil baligh sehingga sekarang (20an-banyak waktu),perlukah di qada semua solat yang tetinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya ,wajib qada solat yang telah tertinggal.Disini ada dua cara qada,pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya,maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua,adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya,yakni semenjak akil baligh,buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada,buatlah berterusan begitu semoga diterima Allah.

Selain itu ada juga yang bertanya,jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu,semuanya bergantung kepada Allah,akan tetapi jika kita benar-benar insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.

Untuk pengetahuan semua,qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripapada Allah SWT.