Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Ada yang sedang baca artikel cara solat tahajjud ini dalam keadaan berwuduk. Sudah bersiap-sedia untuk melakukan solat sunat tahajjud. Mungkin cuma inginkan kepastian tentang cara solat tahajjud yang betul.

Kelebihan & Fadilat Sembahyang Tahajjud

  1. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.
  3. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  5. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  6. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  8. Jauh daripada kebinasaan.

Panduan dibawah adalah ihsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).