[VIDEO] Bagi Kejutan Pada Peminat, Ramai Puji Datuk Siti Humble Sangat

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Apa sahaja dilakukan Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti menjadi perhatian dan mendapat pujian ramai. Mula melibatkan diri dalam industri seni sejak zaman remajanya, Datuk Siti sentiasa menjadi selebriti kegemaran ramai malah semakin disegani apabila bergelar penyanyi nombor 1 negara, dan kini sebagai seorang ibu.

Baru-baru ini menerusi entri di Instagram pengurus Datuk Siti iaitu Rozi Abdul Razak, dia telah memuatnaik beberapa post berkenaan aktiviti terkini penyanyi tersebut yang memberi kejutan kepada seorang pengguna bertuah produk SimplySiti yang tinggal di sebuah rumah flat.

Kunjungan Ke Rumah Pengguna Bertuah

Terkejut Jugak Datang, Supriselah..

VIDEO :

Dalam video tersebut, Datuk Siti telah beramah mesra dengan wanita dikenali dengan nama Puan Sofina itu. Semasa dijemput masuk ke dalam rumah, beliau tidak teragak-agak menyambut pelawaan tersebut malah kelihatan tidak kekok walaupun perlu duduk dan makan bersimpuh di atas lantai.

Ternyata, sikap rendah diri yang dimiliki beliau membuatkan ramai mengaguminya dan memberikan pujian di ruangan komen.

Mana Nak Cari Artis Berpangkat, Sempoi Dengan Peminat

Bangga Dengan Dato’, Sempoi Makan Sekali

Sempoi Siti Makan Bersila Je.

Sempoinya Tokti.. Salute lah..

Humble.. Suka Tengok Tokti Peramah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! MC

Sumber : IG rozisangdewi via Media Ohsem