Daun Sekentut – Ulam Yang Berkhasiat Untuk Diambil Dalam Pantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan anda sihat dan gembira hari ini

Hari ini saya nak kongsikan tentang khasiat daun sekentut.Apa daun sekentut tu?

Daun sekentut adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan beriklim tropika macam Malaysia ni..

Daun sekentut merupakan antara daun yang boleh dimakan sebagai ulam sewaktu pantang selepas bersalin kerana khasiatnya yang boleh membantu membuang angin-angin dalam badan dan mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi

Nama sekentut diberikan sebab daun dan batangnya akan mengeluarkan bau seakan-akan sulfur bila dihancurkan atau dilumatkan

Bagi masyarakat Melayu,daun ini banyak digunakan sebagai penyedap bau dan pembuka selera apabila dicampurkan dengan ulam-ulaman yang lain dan dijadikan nasi ulam.

Bau yang seakan sulfur itu akan hilang selepas dicampur dengan ramuan lain

Daun sekentut juga boleh digunakan untuk mneghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi.Caranya adalah dengan menumbuk halus daun sekentut kemudian diperah untuk mendapatkan airnya.Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang gatal-gatal atau di bintik merah berkenaan.