Di Bahagian Mana Kamu Patut Semburkan Wangian ?

Kedengaran Sedikit ‘Geli’, Tapi Menurut Kajian Menyembur Wangian Di Pusat Lebih Membuatkan Kamu Berbau Harum Sepanjang Hari. Biar Betul!

 

Emak kamu mungkin pernah mengajar kamu untuk semburkan haruman di belakang telinga, leher, pergelangan tangan, siku… Tapi ramai pakar mengatakan kamu patut letakkan beberapa titik haruman di bahagian pusat!

Senior perfumer, Steven Claisse menasihatkan agar kamu tak abaikan bahagian ini kerana “pusat mengeluarkan haba betul-betul dari bahagian tengah badan.” Jadi ia akan meningkatkan haruman wangian tersebut.

Kamu juga boleh sembur di pelipat lutut, belakang betis dan buku lali – geseran ketika berjalan menimbulkan kehangatan dan membuat haruman kamu bertahan sepanjang hari.

Dia juga menyarankan kamu menyembur di bahagian rambut kerana “ia mampu menyebarkan haruman dengan baik ketika kamu bergerak.” Tapi berhati-hati, ‘mahkota’ kamu boleh jadi kering.

Selain sembur, kamu juga boleh pedap wangian agar ia lambat mengering dan kekal berminyak – rahsia untuk haruman bertahan lama. Apa-apapun kamu kena bijak memilih wangian yang kena dengan personaliti kamu. Satu lagi tip berguna adalah memilih haruman mengikut waktu.

Contohnya waktu siang, gunakan haruman yang lebih segar dan ringan seperti flora, vanila ataupun something sweet. Manakala untuk waktu malam, wangian yang lebih misteri seperti kayu cendana dan mempunyai haruman yang elegen.

Something to experiment with on your next date? ?