Doa Menghadapi Peperiksaan Dan Doa Mudah Belajar Supaya Ingat

Apabila peperiksaan sekolah semakin dekat makin ramailah ibu bapa yang akan rungsing bagaimana anak mereka akan menjawab soalan exam nanti.Mereka pasti akan mencari kaedah cara belajar yang berkesan untuk anak mereka,cara menghafal pelajaran,doa mudah belajar atau doa menghadapi peperiksaan seperti surah Al-A’la dan sebagainya.

Sebenarnya cara dan tips untuk menghafal pelajaran dengan mudah yang dikongsikan ramai guru-guru dan pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang.Walau bagaimanapun,mengulangkaji pelajaran adalah perlu untuk memantapkan lagi pembelajaran.

Semua ibu bapa inginkan anak mereka menuntut ilmu berjaya dalam pelajaran

Perkongsian dari seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Mohd Fadli Salleh 111 ini pasti akan membantu ramai pelajar sekolah untuk mudah belajar dan juga mneghadapi peperiksaan kerana amalan yang dikongsikan itu memudahkan para pelajar menghafal dan mudah ingat apa yang dipelajari dengan mengamalkan surah Al-A’la dan beberapa perkara lain yang harus dibuat sebelum exam.

Tadi masa PU Salman ceramah,dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.

Tak kiralah exam apa sekali pun.UPSR ke,PT3 ke,SPM ke,peringkat Universiti ke.Semuanya boleh.

Ini juga boleh dikatakan sebagai doa penerang hati dalam pelajaran dan sebagai cara mudah menghafal supaya senang ingat dan tidak mudah lupa malahan doa ini digunakan untuk anak atau mereka yang sedang belajar membaca Al-Quran,hafal sifir dan sebagainya melibatkan ilmu dan pendidikan

Ini adalah amalan yang boleh menggelakkan kita lupa apa juga ilmu yang telah dipelajari,hafal dan sedang belajar.

1.Sebaiknya berwuduk dahulu
2.Ambil segelas air kosong
3.Nacah surah Al-A’la ini
4.Sampai ayat ke enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7 kali kemudian tiup dalam air
5.Sambung bacaan hingga akhir ayat
6.Minum air tersebut dan niatkan agar imu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan

Sangat baik diamalkan di waktu pagi di hari peperiksaan.Untuk amalan setiap hari pun bagus juga jika boleh diamalkan.

Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah SWT

Silalah kongsi ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat.Kita usaha,selebihnya serah saja pada Allah Yang Maha Berkuasa

Semoga bermanfaat