Doktor-doktor Dedahkan Akibat Suntikan Vitamin C.

Doktor-doktor Dedahkan Akibat Suntikan Vitamin C.

Penangan K-Pop di Malaysia terlalu hebat apabila ramai menginginkan kulit putih dan gebu seperti mereka sehingga sanggup berhabis ribuan ringgit.

Tidak salah untuk memiliki kulit putih tapi perlu cara yang betul malah terdapat pelbagai cara untuk memilikinya sama ada secara semula jadi atau moden seperti suntikan vitamin C yang semakin menjadi trend ketika ini.

Pengambilan suntikan tersebut tular di media sosial sehingga seorang doktor pakar jantung, Dr Beni Rusaini tampil berkongsi kesan buruk kerana ramai yang masih belum menyedari tentang perkara ini.

KKM tak luluskan suntikan vitamin C.

Tidak cukup dengan itu, seorang doktor pakar perubatan turut tampil memberitahu sebarang produk yang mengandungi suntikan vitamin C, tidak pernah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Malah beliau turut menerangkan tentang penjualan suntikan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dan denda sebanyak RM25, 000.

Berikutan itu, netizen memberi respon kepada tweet tersebut dengan mengatakan ramai rakyat Malaysia terutama wanita terlalu obses untuk cantik dengan mengambil suntikan vitamin C.

Umum mengetahui, kebanyakan wanita ingin mempunyai kulit yang cantik dan putih. Bagi mereka, hanya berkulit putih sahaja akan dianggap kelihatan cantik dan menarik. Salah satu cara singkat untuk mendapatkan kulit yang cantik dan putih ialah dengan jalan pintas iaitu dengan menyuntik vitamin C.

TIADA suntikan Vitamin C yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu jika ada pengamal perubatan yang memberikan suntikan Vitamin C, ini bermaksud mereka tidak beretika dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi oleh orang yang disuntik.

Hasil pemantauan kami mendapati ada produk kosmetik seperti produk pencerah dan pemutih kulit dikesan mengandungi bahan terlarang dan juga suntikan botoks serta suntikan vitamin C dijual secara haram di premis kecantikan. Beberapa produk pencerah dan pemutih kulit dikesan dicampur dengan hidrokuinon dan tretinoin iaitu sejenis bahan racun dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Sumber : Dr Beni Rusaini , Dr Anwar Fazal , Dr Amalina via Oh My Media