Hanya Di Malaysia Je La Kot Lupa Lirik Boleh Masuk Final? – Ogy Ahmad Daud

Penyanyi lagenda ini sering menjadi buah mulut netizen sepanjang penglibatannya di Gegar Vaganza 5. Tambah-tambah lagi apabila Zamani mara ke peringkat akhir rancangan itu.

Pada musim ini, Zamani menjadi penyanyi kesukaan ramai dan paling mengejutkan, memperolehi markah yang baik untuk ke ‘final’ walaupun lupa lirik sewaktu menyanyikan lagu Dekat Padamu dipersembahan pertama.

Ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati , salah sorangnya pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud atau lebh dekat dengan Ogy menerusi ‘posting’ di Facebook menyatakan rasa kurang senang dengan keputusan itu.

Menerusi status itu, Ogy mempersoalkan kemaraan Zamani ke peringkat akhir rancangan itu walapun sudah berkali gagal dan lupa lirik sewaktu menyanyikan lagu dengan betul. Hasil daripada perkongsian Ogy bagaimanapun mendapat pelbagai respon daripada pengguna Facebook yang lain rata-ratanya kurang senang dengan penyataan Ogy itu.

Dalam masa yang sama Ogy juga mengritik cara Noryn Aziz menyanyikan lagu dangdut yang seperti seorang penyanyi transgender.

Berikut adalah status yang dimuatnaik oleh Ogy

Memang Zamani ke wajib Juara Gegar Vaganza 5? Lupa lirik dan “out of tune” boleh masuk final? Hanya di Malaysia je kot??? Nak kasi zamani menang tidak payah yang lain itu penat-penat masuk GV5. Selain itu, kenapa Noryn Aziz nyanyi lagu Seratus Percen berbunyi seperti seorang penyanyi trangender. ‘Gegirl keliru’.

Sebelum ini juga pelakon terkenal Farahdhiya juga pernah menyatakan tidak puas hatinya kepada Zamani di laman twitternya.