Hukum Makan Ayam Goreng Yang Masih Ada Darah

Darah kelihatan pada ayam/daging/ikan yang telah dimasak adalah dibolehkan (dimaafkan).Apa yang haram ialah darah yang mengalir.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad):Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku,sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengakir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik,iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah.Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas,maka sesungguhnya Tuhan Mu Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.'(Al-An’am 6:145)

Al Tabri di dalam tafsirnya menyatakan :

“Perkataan ‘darah yang mengalir’ bermakna darah yang mengalir dengan banyaknya.Ini cara Allah menjelaskan mengenai darah kepada hambanya bahawa ini adalah haram. Ikrimah berkata :Jika tidak kerana ayat ini,orang Islam mungkin akan menjadi ekstrem mengelak darah yang berada di dalam urat saraf sebagaimana orang Yahudi mengelakkannya.

Al Maawardi berkata bahawa mengenai darag yang tidak mengalir,jika ia telah berada di dalam rurat-urat,seperti hati dan limpa,maka ianya halal kerna Nabi SAW bersabda “dua jenis daging dan dua jenis darah telah halal kepada kita…”

Maka jelaslah bahawa darah yang berada di dalam ayam atau daging yang telah dimasak,makan tersebut halal dimakan.Apa yang diharamkan ialah darah yang mengalir seperti mana yang telah dijelaskan.Wallahualam..