Hukum Menguap Ketika Baca Al Fatihah Dalam Solat. – Penjelasan Dari Ustaz Azhar Idrus..Baca Dan Sebarkan Untuk Pengetahuan Bersama

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Apabila sedang membaca surah al-Fatihah & tiba2 menguap maka perlu ulang balik ayat yg terganggu semasa menguap. ini kerana sebutan ketika menguap tadi telah lari dari sebutan yg betul. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Menguap adalah daripada syaitan.

Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi ‘Haaa’, maka ketawalah syaitan.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Jika seseorang kalian menguap,

Maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a’lam