[VIDEO] Ibu Bapa Perlu Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Orang Perempuan

Tidak dinafikan, proses membesarkan dan mendidik anak bukanlah sebuah perkara yang mudah untuk dilakukan.

Setiap anak memiliki sifat mereka tersendiri yang perlu difahami oleh kedua ibu bapa agar tidak terlepas pandang dengan kebutuhan mereka.

Membesarkan dan mendidik anak lelaki dan perempuan mempunyai cara dan cabaran berbeza yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.

Walaubagaimanapun, anak merupakan amanah dari Allah SWT yang perlu dijaga dan dididik sebaiknya oleh ibu bapa agar menjadi insan yang berguna.

Selain dari ilmu yang dipelajari di sekolah, anak-anak juga perlu dididik dengan ilmu pengetahuan yang lain seperti adab, etika dan sebagainya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka terdedah dengan pengetahuan am yang pastinya boleh dipelajari dari rumah.

Entri kali ini akan berkongsi penulisan daripada Dr Taufiq Razif yang membicarakan tentang antara perkara yang ibu bapa wajib ajar kepada anak lelaki supaya tidak dibuat pada orang perempuan.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

  • Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.
  • Selama ni kita asyik ajar anak perempuan je supaya jerit dan lari jauh jauh kalau ada orang lain nak sentuh bibir, dada, fajar, punggung dan dubur tapi pernah tak kita ajar anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya tubuh kawan perempuan dan sepupu sepupunya?
  • Juga tak boleh menyentuh, pegang, raba 4 private part pada sama jantina juga. Pada adik lelaki, kawan-kawan lelaki, sepupu-sepupu lelaki, pada anak sedara lelaki dan lain-lain.

 

– Jangan Tabur Janji Sembarangan

▪ Ajar kita supaya jangan berbohong dan tabur janji manis pada orang lain terutamanya perempuan

▪ Kelebihan anak lelaki ni mulutnya sangat manis dan dia pandai memanipulasi emosi perempuan dengan suaranya dan percakapannya

▪ Tu la kenapa kalau hukum anak tu kena berpada pada. Berbohong adalah salah satu mekanisma pertahanan diri. Anak mesti akan berbohong kalau nak lepaskan diri daripada hukuman yang keterlaluan. Dari situlah banyak lahirnya sifat terbiasa berbohong pada diri anak kita.

– Jangan Tengok Sembarangan

▪ Anak lelaki ni tinggi hormon Testosterone-nya. Tu lah kenapa anak lelaki lebih cepat teransang kalau melihat benda-benda yang terbuka auratnya walau sekecil kecil benda

▪ Ajar anak kita tunduk pandangan dan tutup mata kalau ada iklan tak senonoh muncul masa tengah main game atau masa tengah tengok TV

▪ Anak perempuan ni lemah telinganya kalau dipujuk rayu dan digoda tetapi anak lelaki ni kelemahan terbesar mereka adalah pada matanya!

– Jangan Berkasar Pada Perempuan

▪ Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat dan lebih tangkas daripada anak perempuan

▪ Anak lelaki mempunyai otot yang lebih padat disebabkan oleh ‘testosterone-induced muscular hypertrophy’. Tulang,tendon dan ligament anak lelaki pun lebih kuat.

▪ Kita kena bagitahu anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan untuk melindungi, bukannya menindas adik beradik perempuannya.

– Jangan bebankan kerja rumah pada adik beradik perempuan

▪ Bab kerja rumah sama je lelaki ke perempuan. Tak ada istilah lelaki itu raja, perempuan itu hamba

▪ Kita juga kena ajar lelaki untuk menjadi pemimpin rumahtangga dan sama-sama membantu orang di bawah jagaannya

▪ Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memahami dan empati dengan keperitan pasangan

▪ Kita taknak anak kita jadi BOS RUMAHTANGGA, kita nak anak kita jadi PEMIMPIN YANG DICINTAI SELURUH AHLI KELUARGANYA

p/s : Benda ni sangat penting tapi saya rasa masih ramai mak ayah di luar sana yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye

Video: