RINDU AZWAN ALI ? INI 7 GAMBAR TERBARU BELIAU YANG LETOP! LAIN BETUL DIA SEKARANG

Rindu Azwan Ali ? Ini 7 Gambar Terbaru Beliau Yang Letop! Lain Betul Dia Sekarang

Bercakap mengenai personaliti kali ini, pasti ramai yang kenal dengan sikapnya yang jenis ‘cakap lepas’ kepada sesiapa sahaja yang tidak kena pada pandangannya. Beliau adalah tidak lain tidak bukan Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Tidak Kisah Dilabel Mulut Laser
Setiap kali beliau membuka mulut mengenai sesetengah topik, bersiap sedialah kerana beliau pasti akan memberi komen pedas sehingga membuatkan gaya percakapannya pasti digeruni ramai termasuklah rakan – rakan artis. Akui Diva AA, beliau tidak kisah dilabel sebagai mulut laser kerana beliau menjadi dirinya sendiri dan hanya memberi teguran berasas.

Perniagaan Semakin Laris
Walaupun tidak lagi tampil di mana – mana kaca televisyen, Diva AA yang terkenal dengan trademark “why bother” masih lagi menjalankan perniagaan rendangnya yang kini semakin laris.Selain itu, suara beliau turut sering kedengaran di stesen radio Kool FM menerusi segmen Lidah Pedas. Untuk anda yang merindui dengan Diva AA, ini 7 gambar terkini beliau yang ‘letop’!

Diharapkan terubatlah rindu anda semua… Ihiks.