Ini lah akibat sapu Minyak Gamat pada pusat baby yg baru berumur 4 hari..

Ini lah akibat sapu Minyak Gamat pada pusat baby yg baru berumur 4 hari…parents noted ambik ubat Hospital..jangan memandai..ia pernah berlaku pada saya ketika melahirkan anak saya ke4 saya sapu pada luka pembedahan..sampai bernanah..lalu ke Pusrawi dan saya dimarahi oleh Doctor kerana tidak tahu akan kebersihan minyak Gamat itu..proses pembesihan dilaku kan oleh Doc dengan mencucuk jarum ke semua nanah dan pembersihan dilakuka selama 6 minggu berturut turut..sgt sgt menyakitkan..saya tak kan lupa..akibat Minyak Gamat.

Bagaimana menjaga pusat bayi baru lahir ?

Pastikan tali pusat dan kawasan di sekelilingnya berada dalam keadaan bersih dan kering. Lazimnya, ibu bapa akan dibekalkan dengan ‘alkohol’ atau bancuhan ‘antiseptik’ untuk mencuci pusat bayi. Namun, terdapat juga data yang menunjukkan bahawa mencuci tali pusat dengan air yang bersih diikuti dengan mengelap untuk mengeringkannya sudah memadai. Walaubagaimanapun, terdapat kes-kes tertentu yang masih memerlukan alkohol atau antiseptik digunakan, jadi berbincanglah dengan doktor sekiranya terdapat sebarang persoalan.

Sewaktu mengenakan lampin atau ‘diapers’ , pastikan tali pusat bayi tidak terutup oleh lampin/diapers. Letakkan tali pusat itu di luar lampin supaya ia tidak terkena air kencing atau najis bayi. Ini akan membantu proses tali pusat untuk mengering.

Tidak perlu meletakkan bedak atau ubat-ubatan tradisional pada pusat bayi yang mungkin menganggu proses semulajadi penanggalan tali pusat tersebut. Air bersih sudah memadai.
Sewaktu tali pusat belum lagi tertanggal, memandikan bayi dengan cara mengelap menggunakan kain yang basah atau dengan menjirus lebih digalakkan daripada kaedah mandian yang menyebabkan tali pusat itu terendam lama dalam air. Tali pusat bolehlah dilap setelah bayi dimandikan.

Jangan tarik tali pusat itu walaupun ia kelihatan akan tertanggal pada bila-bila masa sahaja lagi. Biarkanlah proses itu berlaku secara semulajadi.

Tanda- tanda jangkitan pada pusat

Ada kemungkinan tali pusat dijangkiti kuman sekiranya terdapat tanda – tanda berikut :

kawasan sekeliling pusat kelihatan merah
terdapat nanah, darah atau bau yang kurang menyenangkan pada pusat
bayi demam, kurang aktif dan kurang menyusu

Dapatkan pemeriksaan Doktor

Sekiranya anda melihat tanda tanda mencurigakan pada pusat seperti yang dinyatakan di atas, bawalah bayi ke hospital dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Jangkitan pada pusat yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan darah yang merbahaya pada bayi. Berjumpalah juga dengan pengamal perubatan sekiranya terdapat pendarahan pada tali pusat atau tali pusat masih belum tertanggal setelah bayi berusia 3 – 4 minggu.