Ini last aku guna GPS waktu tengah malam. Nasib baik ada Yasin dalam kereta, kalau tak, tak tahu lah apa jadi!

Ini last aku guna GPS waktu tengah malam. Nasib baik ada Yasin dalam kereta, kalau tak, tak tahu lah apa jadi!

 

Rasanya semua orang pernah dengar cerita hantu, sampaikan ada yang takut nak terjaga tengah malam selepas mendengar atau menonton cerita hantu. Tapi tak kurang juga sesetegah yang memang suka dengar cerita hantu ni, kononnya lagi seram, lagi best.

Kali ini ada satu kisah benar yang agak seram di sekitar Alor Gajah dan Masjid Tanah yang dikongsi pengalaman daripada seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @FaizalTalib_

Ceritanya bermula apabila bapa kepada @FaizalTalib_ ini menghidapi penyakit buah pinggang dan perlukan rawatan penuh hanya di Hospital Alor Gajah bagi sesi cuci darah.

Ikut jalan berpandukan GPS…

Menurutnya lagi, ini adalah kali kedua dia menghantar bapanya ke sini jadi, tidak berapa ingat selok-belok jalan. Oleh kerana dia tidak ingat jalan pulang, dia telah mengambil keputusan untuk menggunakan GPS untuk dijadikan panduan arah jalan.

Namun, apa yang dia tempuh hanyalah jalan yang gelap dan sempit sehingga tiada satu kereta atau motor pun yang muncul di lorong itu. Disebabkan keadaan jalan sempit yang menyebabkan dia sukar untuk membuat u-turn, dia tetap teruskan perjalanannya dengan harapan akhirnya dia jumpa jalan utama.

Baca Al-Fatihah pun dah terabur…

Nabib baik ada surah Yasin dalam fon…

Jalan mati sebenarnya…

Walau bagaimanapun, selepas menemukan jalan utama, dia terus berkongsi cerita dengan rakannya yang mahir dengan selok-belok kawasan situ namun rakannya mengatakan jalan yang dilalui oleh @FaizalTalib_ adalah jalan mati malah turut hairan bagaimana signboard yang ditemui oleh rakannya sedangkan jalan itu memang tiada apa-apa.

sumber : ohmymedia