Jangan Tak Tahu Daun Kari Boleh Cegah Uban Rambut, Boleh Cuba Pada Ibu Mentua!

Uban pada kepala memang menjadi satu hal yang sukar dikawal. Bukan sekadar masalah penuaan semata-mata, uban mula timbul disebabkan oleh masalah lain. Antaranya adalah ketidakseimbangan pada diet harian kita.

Tapi tahu tak uban boleh diubati dengan daun kari je? Tak hanya uban, malah daun kari yang kita selalu gunakan dalam menaikkan aroma menu berkari ini rupanya baik dalam penjagaan dan perawatan rambut.

Daun kari memang tidak asing lagi dalam dunia masakan. Tetapi tahukah anda bahawa daun kari juga mempunyai banyak lagi khasiat-khasiat lain yang tidak diketahui umum terutamanya khasiat daun kari dalam mengatasi masalah rambut.

Berikut Adalah Kelebihan Daun Kari Untuk Rambut

Daun kari meningkatkan kesihatan folikel rambut dengan menyingkirkan sel kulit mati dan kekotoran yang terkumpul di kulit kepala. Ia mengandungi nutrien yang menyuburkan dan menguatkan akar seterusnya menghalang keguguran rambut.

Daun kari jika dijadikan sebagai tonik rambut dan terus dipakaikan ke kepala akan merangsang kulit kepala dan meningkatkan aliran darah. Ini membantu menghilangkan toksin dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

Sisa-sisa produk rambut yang anda gunakan (seperti shampoo, conditioner, gel, pomade dan sebagainya) juga boleh berkumpul di bawah kutikel lalu membuatkan rambut kelihatan kusam dan tidak bermaya. Selain itu, rambut anda juga boleh jadi lebih keriting, kusut dan rosak. Daun kari membantu untuk menghilangkan produk atau lebihan yang terkumpul ini, membuatkan kulit kepala dan rambut anda berasa segar dan sihat.

Daun kari adalah sumber yang kaya dengan vitamin B, salah satu vitamin yang penting untuk kesihatan rambut. Kekurangan vitamin B adalah salah satu faktor yang membawa kepada keguguran rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut baru serta menjadikan rambut anda kuat dan sihat.

Apabila usia meningkat, rambut anda mula menjadi tidak bermaya dan lemah. Sebaik sahaja anda kehabisan pigmen hitam dalam folikel rambut anda, ia mula bertukar menjadi warna kelabu. Walau bagaimanapun, kadang-kadang ini juga berlaku kepada anak-anak muda kerana faktor-faktor seperti tekanan, merokok, genetik atau penggunaan alkohol yang berlebihan. Rambut beruban sebelum sampai waktunya dipanggil uban pra matang. Kandungan vitamin B yang ada di dalam daun kari juga membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut anda mengekalkan warna hitam, lebat dan berkilat.

Daun kari juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan membantu mengekalkan kesihatan rambut dan kulit kepala anda.

Daun kari jika dicampurkan dengan minyak kelapa akan meningkatkan keanjalan dan kekuatan rambut anda. Apabila rambut rosak mendapat khasiat dan kelembapan yang mencukupi, ia akan dapat memulihkan semula seperti asal.

Vitamin B6 yang terkandung di dalam daun kari bertindak sebagai penstabilkan hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan rambut anda disamping menguatkan akar rambut anda.

Bahan-Bahan

  • Daun kari
  • Minyak kelapa

Caranya:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Masukkan daun kari yang sudah dipisahkan dari tangkainya.

3. Biarkan sekejap dan angkat.

4. Kacau dan leceknya menggunakan sudu dan letakkan pada kawasan beruban.

5. Biarkan selama 1 jam dan bungkus kepala dengan tuala atau kain bersih.

6. Cuci dengan air bersih.