“Jilat sampai ke Jepun…” – Lelaki kongsi budaya jijik orang Malaysia di sebuah syarikat di Jepun

Di Malaysia ni bukan senang nak dapat kerja lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang ini. Namun begitu ada juga beberapa individu yang menggunakan taktik kotor dengan cara kabel.

Peluang pekerjaan yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang menepati kelayakan sebaliknya diberi kepada kroni-kroni dan kaum kerabat sendiri. Sakit hati kan kita dah penat-penat keluar tenaga dan duit tapi senang-senang je orang ada kabel datang rampas.

Ini la yang berlaku dekat sebuah syarikat Malaysia di Jepun. Anak ‘bos’ dihantar ke sana terus dilayan dan dijilat macam raja.

Anak bos pemalas

Lelaki yang bernama Ikmal berkongsi kisah ini di story Instagramnya. Dia bekerja di Jepun dibawah sebuah syarikat yang mempunyai cawangan di Malaysia. Fasih dalam bahasa Jepun, segala jenis peperiksaan berjaya dilepas.

Dipendekkan cerita, anak bos cawangan di Malaysia dihantar ke Jepun tanpa apa-apa interview dan peperiksaan. Wah, senang hidup kau ya. Anak bos tu tarik pulak kawan dia masuk kat Jepun.

Gaji kedua orang tu sama je macam gaji si Ikmal ni. Dua orang ni sebenarnya pelajar universiti swasta yang SPM pun tak lepas. Mereka ni kerja di bahagian kilang tapi ada hati nak kerja ofis.

Bukan tak boleh nak kerja dalam ofis, cuma bahasa Jepun pun si Ikmal ni kena translate-kan. Senang cerita dua orang ni memang lansung tak boleh haraplah.

Bila ditanya kenapa ambil mereka bekerja jawapan diberikan sangat tidak masuk akal. Sebab rumah dekat company di Malaysia. So? Korang ada di Jepun, bukan Malaysia.

Rupa-rupanya hantar bos hantar anak ke Jepun ni supaya bila balik Malaysia terus dapat jawatan besar. Wah, inilah yang dimaksudkan dengan kroni tak guna. Nak kenyangkan perut anak-beranak je tanpa fikirkan orang lain.

Bukan tu je, makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang kerja sini semua jilat mereka berdua. Bakal bos la katakan. Tapi yang buat Ikmal bengang, bila nak mintak tolong semua minta dari dia.

Orang macam ni lah yang menjatuhkan orang lain tanpa fikirkan nasib mereka. Usaha tak nak, pemalas. Kerja tahu nak cepat je, siapa yang baca ni terasa padan muka korang!

Kalau tak layak tu, bagi la kepada yang sepatutnya dapat ya. Tingkatkan kemampuan diri itu selayaknya, jangan merampas hak orang lain.

Sumber: Twitter