Kalau Anak Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal,Tapi Ada Rahsia Lain Yang Mak-Mak Tak Tahu.

Anak yang ada dia pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal,keras kepala dan tak dengar cakap.”Ooo..Patutlah haa dua pusar!” Bila dengar ada adik beradik atau saudara mara jenis mulut yang laser kata macam itu dekat anak kita,mulalah hati mudah terasa kan.

Sedihnya,bukan kita yang tentukan pusar anak satu atau dua.

Itukan anugerah Allah untuk ibu yang bertuah.Sebab itulah tak boleh hakimi kenakalan anak-anak berdasarkan fizikal mereka,dua pusarlah,lesung pipitlah,kening bertangkuplah..Rahsia kejadian itu semua di tangan Yang Maha Menciptakan.

Anak Dua Pusar Benarkah Lasak & Banyak Akal

Orang tua-tua memang ada banyak pengalaman,mereka lebih lama makan asam garam kehidupan.Melalui pengalaman itu timbullah petua-petua untuk panduan dalam kehidupan seharian.Meskipun zaman dah berubah,petua lama tetap utuh dipercayai dan diamalkan.

Tidak setakat petua.Orang lama juga kaya dengan pengalaman hasil pemerhatian.Maka selalulah kita dengar orang menyebut istilah ‘kata orang-orang tua’.

Sering kali kita mnedengar orang berkata anak dua pusar kepala sebagai nakal dan lasak.Entah di mana logiknya,tetapi itulah yang kerap dimomokkan orang.

Yang penting sebenarnya tiada sebaran glogik pun anak nakal dikaitkkan dengan dua pusar dan sebagainya.Budak jika nakal adalah perkara biasa dia nak mencuba sesuatu yang baru.

Pada ibu bapa yang anak ada lebih dari 1 pusar,jangan risau.Jangan dengar momokkan orang ya.