Kanak-Kanak Ini Cairkan Hati Netizen Dengan Videonya Yang Berjalan Buat Pertama Kali Setelah dilahirkan dengan masalah tulang belakang

Kanak-Kanak Ini Cairkan Hati Netizen Dengan Videonya Yang Berjalan Buat Pertama Kali Setelah dilahirkan dengan masalah tulang belakang

VIDEO PENUH DISINI

 

Seorang kanak-kanak yang sangat comel ini telah mencuri perhatian masyarakat seluruh dunia selepas videonya sedang berjalan buat pertama kali di sisi anjingnya menjadi tular.

Telatah kanak-kanak ini yang begitu teruja ketika meraikan detik indah dalam hidupnya itu membuatkan netizen terpana dan ‘cair’ melihatnya.

“Lihat, Maggie! Saya boleh berjalan, Maggie!”, jerit Roman Dinkel yang baru berusia dua tahun kepada anjing peliharaan keluarganya.

Menurut ibu kepada Roman iaitu Whitney Dinkel, anaknya itu merupakan seorang yang mudah disayangi oleh orang kerana personalitinya yang baik.

“Dia adalah kawan baik semua orang. Roman juga mampu membuatkan orang yang paling bengis tersenyum,” kata Whitney.

Whitney dan suaminya telah berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata. Mereka sekeluarga menetap di Overland Park, Kansas. Sewaktu Whitney mengandungkan Roman pada minggu ke-20, doktor mengesahkan Roman mungkin menghidap masalah spina bifida.

Spina bifida merupakan kecacatan sejak lahir yang akan menyebabkan masalah pada tulang belakang bayi. Hal ini menyebabkan gangguan kelemahan otot dan membuatkan pesakit sukar untuk berjalan mahupun bergerak dengan betul.

Selepas dilahirkan, Roman terpaksa menjalani pembedahan bagi memperbaiki isu pernafasan dan fungsi pergerakan pada kakinya.

Ujar Adam Dinkel iaitu bapa Roman, “Sebelum dia dilahirkan, kami diberitahu mungkin Roman tidak akan mampu berjalan. Kami sangat takut dan keliru mengapa keadaan ini boleh berlaku. Ketakutan ini adalah satu dugaan yang besar kerana kita mahu anak-anak mempunyai kehidupan yang sempurna.”

Roman yang dilahirkan pada tanggal 5 Mei 2016 bagaimanapun mula menunjukkan kemajuan setahun kemudian. Roman dibawa untuk mengikuti terapi fizikal dan kiropratik serta mulai berlatih menggunakan kakinya secara perlahan-lahan dengan bantuan walker.

Namun dalam insiden terbaru, kanak-kanak yang kuat semangat itu dilihat telah membanggakan kedua ibu bapanya serta dirinya sendiri apabila dia mengambil tongkatnya tanpa bantuan sesiapa dan mula berjalan secara sendiri.

Ini merupakan kali pertama Roman berjaya berdiri dan berjalan dengan sendiri. Siapa yang tidak akan berasa bangga serta kagum dengan pencapaian kanak-kanak comel ini?

Bapa Roman yang menganggap anaknya itu sebagai seorang perwira telah mengongsikan segala detik indah bersama Roman menerusi Facebook, Defying Odds: Roman’s Journey.

Video-video Roman turut mencetuskan pelbagai reaksi daripada seluruh dunia yang kagum dengan personalitinya. Ada juga yang menyatakan bahawa menonton video Roman berjaya membuatkan mood serta kehidupan mereka berubah menjadi lebih positif.

Semoga kisah dan semangat Roman akan terus memberikan inspirasi kepada ramai individu di luar sana khususnya mereka yang mengalami masalah spina bifida