Komplen Azan Kuat Sangat. Wanita Ini Kena Penjara.

Kalau hidup dalam kalangan masyarakat yang berbilang agama dan kaum, kita mestilah hormat dengan perbezaan yang ada.

Menurut Astro Awani, seorang wanita di Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan kerana merungut tentang laungan azan terlalu kuat.

Meiliana Divonis, 44 tahun didapati bersalah pada hari ini kerana menghina Islam selepas dia meminta masjid di kawasan kejiranannya memperlahankan sistem pembesar suara laung azan atas alasan “menyakitkan telinganya” pada Julai 2016.

Wanita berketurunan Tionghoa itu dianggap terbukti menghina agama Islam setelah mengeluh mengenai hal tersebut.

Bukan itu je, rupanya menurut mahkamah di bandar Medan di Pulau Sumatera, rungutan Meiliana telah mencetuskan rusuhan ganas di kawasan kejiranan tersebut kira-kira dua tahun lalu hingga memaksa sebahagian penduduk Cina melarikan diri.

Difahamkan, walaupun pihak keluarga sempat meminta maaf bagi pihak Meiliana, namun, usaha mereka untuk berdamai tidak diterima.

Kalau nak tau, pada tahun lalu, bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dihukum penjara dua tahun kerana menghina Islam selepas beliau didapati bersalah menggunakan ayat al-Quran dalam ucapannya ketika berkempen.

Aduhai, lepas ni kita semua perlu lebih sensitif dengan kepercayaan, budaya orang lain. Maklumlah, ini semua memang adat dalam hidup bermasyarakat.

Sumber: Lobalmerah