Lelaki Mabuk Ini Masuk Ke Dalam Kandang Singa Untuk Mencabar Singa Berlawan, Lihat Nasibnya Kemudian

Lelaki Mabuk Ini Masuk Ke Dalam Kandang Singa Untuk Mencabar Singa Berlawan, Lihat Nasibnya Kemudian

 

Bagi orang waras dan dalam keadaan sedar, sesiapapun orangnya pasti tidak akan berani berlawan dengan singa. Apatah lagi sehingga mendekati dan masuk ke dalam kandangnya. Semua orang pasti tahu, yang haiwan ini sememangnya buas.

Sebab itu, di semua Zoo di manapun pasti diletakkan peraturan agar menjauhi kandang dan menjaga jarak selamat. Sehingga diletakkan parit air pemisah diantara haiwan ini dengan para pengunjung walaupun sudah di letakkan pagar.

Jadi, jika anda masih sayang dengan nyawa anda, jangan sekali-kali melakukan perkara yang dapat membahayakan nyawa anda. Jangan seperti lelaki yang ada dalam video berikut ini. Dia nekad masuk ke dalam kandang singa dan mencabarnya untuk berlawan.

Video yang di muatnaik di Youtube tersebut menunjukkan seorang lelaki sedang berada di dalam kandang singa. Dia dikatakan dalam keadaan mabuk dan menceroboh masuk ke kandang singa tersebut.

Yang tambah mengerikan,dia tidak hanya masuk ke dalam kandang singa, lelaki ini dilihat seolah mencabar singa iyu untuk berlawan dengannya. Dia beberapa kali melambai-lambaikan tangannya dengan tujuan agar singa datang ke arahnya.

Singa tersebut yang seolah-olah kehairanan akhirnya mendekati lelaki ini. Nasibnya baik, singa tersebut hanya memerhati lelaki tersebut, dan kemudian berlalu pergi.

Orang ramai yang melihat kelakuan lelaki tersebut menjerit agar lelaki tersebut menjauhi singa dan keluar dari kandang tersebut.

Akhirnya lelaki tersebut keluar dengan dibantu oleh orang ramai dan pihak penjaga zoo. Tapi nasibnya kurang baik kerana dipukul oleh seseorang yang kelihatannya seperti penjaga zoo tersebut.

Mungkin kerana terlalu geram dengan tindakan lelaki tersebut yang menceroboh masuk ke kandang singa.

Tonton video penuh di bawah

Sumber : berita kopak