Macam Mana Cara Mengatasi Hb Rendah Ketika Mengandung?

Bagi orang yang tidak faham, tentu terkedu dan terpinga-pinga bila kawan-kawan yang hamil asyik cerita pasal Hb. Asyik-asyik Hb. Apa itu Hb?

Untuk yang tidak tahu, Hb itu sebenarnya, singkatan untuk hemoglobin.

Baik, sekarang anda bertanya pula, “Apa itu hemoglobin?”

Sila senyum sekarang, kerana anda tidak perlu bertanya kepada cikgu biologi lagi. Kami sudah buat persediaan kerana tahu anda akan tanya soalan ini.

Apakah Hemoglobin

Menurut Wikipedia, Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. Aras normal adalah :-

Baru lahir : 17-22 gm/dl
Usia seminggu : 15-20 gm/dl
Usia sebulan : 11-15gm/dl
Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl

Apakah Anemia Atau Kurang Darah

Sekarang, bila mula dikatakan seseorang itu ada Hb rendah? Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan.

Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

13 Makanan Tambah Darah Ketika Hamil. Kalau Anemia, Cubalah!

1.Daging Merah
2.Brokoli
3.Pisang
4.Kekacang
5.Hati
6.Bayam
7.Kerang
8.Telur
9.Oat
10.Buah Delima
11.Madu
12.Kurma
13.Kismis

Elakkan Kafein

Menjaga jumlah haemoglobin dalam darah sangat penting kerana ia melibatkan janin yang dikandung. Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Di samping itu, hindarilah makanan dan minuman yang berkafein kerana boleh mengganggu menyerap zat besi. Kalsium juga boleh menganggu penyerapan zat besi. Ibu hamil disarankan untuk mengambil kalsium sebelum tidur agar dapat tambah darah.

Makan Zat Tambahan

Ibu hamil yang mengalami anemia biasanya akan diberi pil zat besi dan juga obimin oleh pihak klinik semasa pemeriksaan antenatal untuk tambah darah. Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan ini berserta vitamin C agar lebih mudah diserap. Contohnya makan pil zat besi bersama dengan air jus buah-buahan. Elakkan dari minum susu sejam sebelum dan selepas makan ubat atau ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

Harapan Saya

Semoga ibu hamil dapat menjaga diri dan kandungan agar terhindar dari gejala anemia. Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang. Rujuklah kepada pakar sekiranya berasa letih dan tidak bermaya. Dengarlah nasihat doktor dan misi di klinik kesihatan dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini. Yang penting, elakkan makanan yang dilarang semasa mengandung.

Makan ubat yang diberi mengikut jadual serta boleh mencuba makanan untuk mencegah anemia seperti yang telah disenaraikan. Fikirkan tentang kesihatan anda dan bayi anda. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Semoga berjaya!