Makanlah Banyak Buah Prun Kalau Nak Dapat 5 Faedah Ni!

Siapa kat sini tak suka buah pru?Jangan risau sebab anda tidak keseorangan

Menurut kajian,wanita yang berumur 25 hingga 54 tahun mempunyai reaksi yang negatif terhadap buah prun atau dikenali dengan gelaran plum kering

Fizikalnya kelihatan seperti kurma namun isinya lebih kenyal dan lembab manakala rasanya pula berdasarkan gabungan masam dan manis

Selain kandungan anti-oksida yang tinggi serta baik untuk melancarkan sistem penghadaman apa lagi agaknya faedah yang boleh dikecap apabila mengamalkan makan buah prun ini

1.Menjauhi penyakit jantung serta penyakit kronik

Ternyata buah prun dan plum banyak persamaanya.Kedua-dua buah tersebut mengandungi nilai khasiat phytonutrien yang digelar phenols.Banyak kajian menunjukkan bahawa phytonutrien akan bantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tindak balas lemak tepu dalam saluran tubuh

2.Mengelak diabetis & Obesiti

Prun tinggi dengan serat yang akan mengekalnya kadar gula alam darah agar sentiasa stabil (berada dalam tahap baik)
Serat jenis ini kemudiannya akan memperlahankan proses perkumuhan secara baik agar proses penerapan gula ke dalam darah tergendala.

Serat itu tadi akan bertindak meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin.Bukan itu sahaja,serat jenis larut adalah kunci bagaimana untuk membuat seorang individu kekal kenyang sepanjang hari tanpa perlu kerap berasa lapar.Kalau hendak kurus,bolehlah amalkan diet buah prun.

3.Merendahkan kadar kolestrol

Selain membuatkan perut berasa kenyang,serat jenis larut yang dibincangkan tadi mampu membantu menurunkan kolestrol dengan menyerap hempedu yang terdapat dalam usus sebelum menyahkannya dalam bentuk perkumuhan.

4.Tingkatkan kekuatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis

Kajian pada 2011 mendapat prun dan plum adalah buah yang paling efektif sebagai pencegah kerapuhan tulang kerana sumber nutriennya yang kaya dengan fenolik dan gabungan flavonoid

5.Sumber utama untuk vitamin K dan Beta Karoten

Pengambilan beta karoten yang secukupnya boleh membuatkan seseorang lebih gembira.Selain itu,ia juga berfungsi untuk melindungi dan memulih kerosakan radikal bebas pada sel tubuh manusia sebagai contoh melambatkan penuaan dan membaiki sel kulit rosak.

Vitamin K yang terkandung dalam prun pula hebat dalam memerangi faktor penuaan dengan mengembalikan kekuatan tulang serta melancarkan peredaran darah

Untuk mendapat 5 faedah ini,ambil beberapa biji buah prun setiap hari.Tak dapat yang segar,dapat yang kering pun boleh juga