Mungkinkah Petanda Gangguan Mistik? Ini 5 Maksud Jika Anda Sering Terjaga Dari Tidur Di Waktu Tengah Malam..Mohon Share Semoga Bermanfaat

Pada malam hari tengah tidur,kita mungkin pernah tiba-tiba terjaga dari tidur di tengah malam.

Bila terjaga tengah malam, tengok jam…

” Alamak, pukul 2 pagi lagi, dah tiga malam dah aku asyik terjaga pukul 2 pagi, kenapa ni?”

Pernah jadi macam ni tak? Kadang-kadang takut juga kan, sebab dengar pendapat orang bahawa tak bagus kalau terjaga tengah malam ni, takut ada gangguan dalam badan. Keliru juga nak percaya atau tak.

Bila seharian belajar atau bekerja, badan pun akan rasa letih. Apa yang kita perlukan adalah semestinya tidur! Sebagai manusia, kita menghabiskan kira-kira setengah dari kehidupan dengan tidur. Tetapi, janganlah salah anggap bahawa tidur ini membuang masa pula, sebaliknya kita memerlukan tidur untuk kekal hidup. Ketika kita tidur, badan kita banyak melakukan ‘kerja-kerja’ yang boleh meningkatkan kesihatan tubuh badan, seperti memperbaiki tisu-tisu dalam badan dan menjadikan hormon seimbang.

Jadi, mendapatkan tidur yang berkualiti itu amat penting supaya badan sentiasa sihat dan bertenaga untuk menghadapi hari seterusnya. Tetapi, kenapa secara tiba-tiba kita selalu terjaga ketika tidur? Jadi, kalau nak tahu apa makna bagi anda yang selalu terjaga tengah malam ni, ini maksudnya!

Maksud Jika Anda Sering Terjaga Pada Waktu Ini :

1) Masalah sukar tidur antara pukul 9 malam ke 11 malam

Sesetengah berpendapat bahawa tidur pada waktu ini mungkin terlalu awal untuk tidur tetapi tahukah anda bahawa waktu yang terbaik untuk tidur adalah sekitar jam ini? Kata orang kalau nak kekal cantik kena tidur sebelum pukul 11 malam. Jadi, kalau anda mengalami masalah untuk tidur pada waktu ini, ini adalah tanda bahawa anda sedang mengalami stress. Kalau terlampau sibuk dan terlalu memikirkan soal kerja, memang agak susah untuk anda mendapatkan tidur yang awal. Salah satu cara tidur pada waktu ini adalah meditasi sebelum tidur.

2) Sering terjaga tidur antara pukul 11 malam ke 1 pagi

Ini mungkin waktu yang memang diamalkan oleh rakyat Malaysia untuk tidur. Tetapi kalau dalam jangka masa ini dimana anda sudah nyenyak tidur, dan kemudian asyik terjaga, ini mungkin menunjukkan tanda anda mengalami masalah emosi. Selain itu, pada waktu ini jugalah dimana hempedu berfungsi dengan aktif. Jadi, untuk mengelakkan asyik terjaga pada waktu ini, sebelum tidur tu janganlah selalu bersedih. Apa kata lupakan sejenak masalah emosi itu dahulu dan dapatkan tidur yang lena. Selain itu juga, pada waktu siang kurangkan pengambilan makanan yang pedas kerana makanan pedas yang banyak boleh menganggu ‘kerja’ hempedu.

3) Sering terjaga tidur antara pukul 1 pagi ke 3 pagi

Selalu kalau terjaga pada waktu ni mesti rasa takut kan? Sebabnya, waktu-waktu sebegini seringkali dikaitkan dengan perkara-perkara mistik juga. Tetapi, sebenarnya kalau anda selalu terjaga pada jam 1 ke 3 pagi ini,ia mungkin menandakan kemarahan. Cuba ingat balik, pada waktu siang tu ada asyik marah-marah tak? Kalau ya, mungkin inilah sebabnya. Ini jugalah masanya tubuh badan mengalami proses ‘mencuci’ segala bahan yang tidak diperlukan oleh darah dan tisu-tisu yang lain. Jadi, untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, cuba minum banyak air sejuk sebelum tidur supaya badan sentiasa terhidrat.

4) Sering terjaga tidur antara pukul 3 pagi ke 5 pagi

Waktu ini juga selalu dikaitkan dengan perkara mistik dimana ramai yang menyatakan kalau selalu terjaga dari tidur pada waktu ini, bermakna ada ‘sesuatu’ yang ingin menganggu anda. Tetapi menurut sains dan kesihatan, waktu ini adalah dimana darah dan oksigen dipam ke otot badan dan juga sel-sel badan diperbaharui. Selain itu, ada juga kepercayaan bahawa jika anda selalu terjaga pada waktu ini, ia merupakan tanda-tanda spiritual. Jadi, untuk umat Islam, tak salah rasanya kalau anda terjaga pada waktu ini untuk mengerjakan Solat Sunat Tahajjud. Dapat pahala tau!

5) Sering terjaga antara pukul 5 pagi ke 7 pagi

Jam 5 ke 7 pagi adalah waktu dimana usus besar mula ‘bekerja’. Perasan tak kalau waktu ni saja, mesti rasa nak ke tandas untuk membuang air besar kan? Seperti hati, usus besar juga melakukan proses untuk mencuci segala sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh badan pada waktu sebegini. Selain itu, menurut psikologi pula, jika anda selalu terjaga pada jam ini, gangguan emosi mungkin adalah penyebabnya. Jadi, untuk mudah kembali tidur dengan lena, lakukan sedikit senaman regangan badan. Jangan lupa untuk umat Islam, kalau anda selalu terjaga pada waktu ini, ini kerana anda perlu mengerjakan solat Subuh ya!

Jadi, amatlah penting untuk dapatkan tidur yang lena untuk kesihatan tubuh badan. Kurangkan stress dan amalkan gaya hidup yang sihat ya!