Nasihat Doktor Untuk Elak Kanser, Inilah 9 Makanan Paling Wajar Dikurangkan

Semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.

Adalah di galakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.

INI BUKAN BERMAKNA PESAKIT KANSER TIDAK BOLEH MENGAMBIL DIET BERASID TINGGI, TETAPI DINASIHATKAN MENGURANGKAN PENGAMBILANNYA.

MAKANAN YANG PERLU DIKURANG ATAU DIELAKKAN

#DAGING MERAH
Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi. Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser. Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.

#GULA
Gula adalah ‘hayat kanser’. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser. Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.

Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.

#GARAM
Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.

#MAKANAN LAUT CENGKERANG
Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.

#KOPI, TEH, COKLAT
Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi. Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.

#MAKANAN CUKA TINGGI
Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.

#MAKANAN BERMINYAK
Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.

#HINDARI ALKOHOL
Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

#MAKANAN KANDUNGAN LEMAK TINGGI
Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan.