“Perempuan gemuk pun cantik, ini sebabnya…”

Saya berusia 27 tahun, tinggi 175cm, berat 78kg. Fizikal saya boleh dikategorikan normal. Tampan itu tidak, tetapi kacak itu adalah sedikit. Bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti swasta yang terletak di KL. Saya baru sahaja menamatkan zaman bujang pada bulan Februari 2016. Alhamdulillah.

Cuba teka? Isteri saya merupakan seorang wanita yang chubby honey bunny! Sambil menaip ini pun saya tersenyum seorang diri apabila terkenangkan betapa bertuahnya saya menjadi suami dia. Sebab dia baik, hormat pada orang tua, pandai bawa diri kat tempat orang, rajin masuk ke dapur tanpa disuruh. Berbeza dengan sepupu-sepupu saya yang bertubuh solid, cun, ayu tetapi haram, semua pun tidak reti dan mahu masuk ke dapur. Tetapi saya sedar pasal perasaan inferior gadis-gadis yang chubby ini.

Biar saya ceritakan bagaimana saya boleh berkenalan dengan isteri saya. Berat dia 120kg lebih juga kot. Dia ini kalau kurus pasti seorang yang cun melecun. Kami sudah berazam mahu berhijrah ke arah kehidupan yang lebih sihat. Tetapi saya cakap yang dia tidak boleh jadi kurus sangat. Cukup sampai sihat saja. Sebenarnya, dia mahu kurus sebab mahu berpeluang memiliki anak. Walau bagaimanapun, isteri saya ini seorang yang redha dan sabar menunggu masa yang tepat untuk dikurniakan zuriat.

Mudah je cerita dia, boleh dikatakan ianya merupakan takdir Allah SWT. Kadang-kadang pada hujung minggu saya akan pergi main ragbi di kawasan rumah. Kebetulan adik isteri saya pun memang bermain ragbi di situ juga.

Satu hari, selepas habis bermain dan ketika mahu ulang, tiba-tiba hujun turun dengan lebatnya. Adik ipar saya ini sudah telefon kakak dia (isteri saya sekarang)minta tolong jemput yang kebetulan sedang ODW pulang dari tempat kerja.

Lepas itu, adik dia pelawa saya naik kereta sekali. Pergi tadi jalan saja dari rumah. Rumah kami memang tidak jauh sangat pun dari satu sama lain. Mula-mula terasa macam segan dan macam mahu menunggu hujan berhenti. Tetapi bila hujan jadi semakin lebat dan siap ada kilat, terasa cuak juga di hati. Jadi saya pun dan bersetuju.

Saya ingat lagi bila kereta Myvi purple isteri saya berhenti di hadapan bus stop itu. Pada mulanya, ingatkan mak kepada adik dia ini. Aduyai. Namun lepas buka pintu, pehh, bau kereta dia wanginya. Tiba-tiba terasa malu masuk kereta dia dalam keadaan berpeluh dan berbau.

Bila masuk saja kereta, adik dia terus minta tolong hantarkan saya balik. Dia tengok saya dari cermin dan cakap, okay!

Masa itu, saya sudah rasa sesuatu. Comel betul minah ini. Terus terang saya tidak perasan langsung yang dia chubby atau tidak pada masa itu. Saya hanya terasa tertarik pada dia. Lepas itu, macam dekat pula jodoh kami, selalu terserempak di mana-mana.

Ada sekali itu, terserempak dengan dia di dalam surau balik terawih dengan telekung dan seluar tidur bunga-bunga. Comel gila. Macam Baymax tetapi versi perempuan. Tidak lama lepas itu, saya macam sudah pasti perasaan itu dan saya pun terus minta nombor telefon dia pada adik dia dan the rest was history.

Poin saya disini adalah, bersabarlah. InnshaAllah sampai masa yang sesuai adalah tu yang sangkut. Macam bini saya ini, dia positif sangat. Siap sudah berazam kalau ada-adalah, kalau tiada jodoh tidak apa, boleh dia berbakti kat mak ayah dia sampai tua.

Dia tidak mahu berfikir sangat sebab tidak mahu sendiri yang sedih. Dia mahu fokus pada pekerjaan dan kehidupannya.

Apa-apa pun, dia seorang wanita yang bijak sebab ada saja random facts yang dia akan kemukakan pada bila-bila masa sebab dia suka sangat membaca.

Jadi, untuk menjawab soalan korang semua, iya. aku hargai setiap perkara tentang isteri aku tanpa perlu melihat pada fizikalnya. Dia tidaklah alim sangat pun, tetapi solat tetap jaga, aurat sempurna dan suka bersedekah terutamnya pada budak-budak susah di tepi-tepi jalan dan juga pada haiwan-haiwan liar.

Nasihat saya pada korang sekarang adalah, kuatkan semangat sebab mahu kurus ini bukanlah sebuah perjalanan yang memakan sehari dua. Korang perlukan kesabaran.

Cuba tengok balik pada orang-orang kurus yang pernah gemuk bagi memberikan motivasi untuk jadi kurus. Paling pun, tengolah rancangan The Biggest Loser.

Mengenai jodoh, tidak payah fikir sangatlah. Kawan-kawan yang sudah kahwin itu biarlah mereka. Rezeki setiap orang lain-lain. Inshaallah nanti adalah tu. Sementara tunggu jodoh, cuba belajar hargai kehidupan korang dengan ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan. Jangan lupa pastikan penampilan kemas dan wangi sepanjang masa barulah orang tidak chop awal-awal gemuk ini selekeh.

Khas untuk bro-bro di luar sana, kalau rasa ada perasaan pada gadis gemuk, bukan setakat chubby pipi tau, real plus size woman, kau kena cuba dekati dia perlahan-lahan. Banyakkan membaca pasal psikologi dorang ini. Google saja, banyak maklumat boleh dapat.

Kebanyakkan mereka ini sudah trauma dengan idea ini semenjak dari kecil lagi. Yakinkan dorang yang kau memang ikhlas mahu sayangi dia dan tidak mahu ambil peduli langsung mengenai fizikal dia.

Bila kau sudah betul-betul sayang pada dia, hal kawan ejek ke apa, itu tolak tepilah. Ejek lebih-lebih, kau tumbuk je. Senyum je sebab kau tahu keistimewaan gadis pilihan kau yang tiada pada gadis-gadis lain dan kau sebenarnya sudah jadi seorang hero yang sudah selamatkan jiwa lara seorang perempuan tau.

Sumber : IIUMC