Perempuan Jangan Patah Hati. Prince Mateen Dah Berpunya. Bukan Calang-calang Gadis Ni.

Sebut saja pasal Prince Mateen, mesti gadis-gadis kat luar sana menjerit histeria kerana ramai yang tergila-gilakan putera kacak berasal dari negara Brunei ini.

But girls, jangan excited dulu! Admin sebenarnya mungkin ada berita buruk nak beritahu ni. Semalam kecoh di media sosial kemungkinan besar Prince Mateen pujaan korang ini sudah berpunya! Oh my goddd…

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen katanya sudah buat research terperinci melalui media sosial Prince Mateen dan menjumpai beberapa buah gambar yang bagi hint rupanya putera raja ni tengah ‘berdating.

Siapa ‘gadis misteri’ itu?

Admin tahu korang semua mesti tengah terkejut gila dan tangan tengah gigil nak stalk siapakah gerangan gadis tu sekarang kan? Don’t worry! Admin dah buat research dan tahu sedikit sebanyak tentang gadis yang bernama Anisha Isa-Kalebic ni.

Menerusi akaun Instagram Anisha, gadis yang cantik jelita ni rupanya cucu kepada Pehin Isa, salah seorang menteri dan orang yang berpengaruh di Brunei. Tinggal di Bath, United Kingdom, Anisha yang jelita ni juga suka travel dan ada buka travel agency dengan sahabatnya, Emily bernama Authentinerary.

Emm patutlah Prince Mateen jatuh hati ye? Opss!

Merupakan rakan keluarga Mateen dan sepupu jauh kerabat diraja Brunei

Meskipun tak dapat dipastikan sama ada betul-betul Mateen dan Anisha ni tengah bercinta, netizen di Twitter beritahu yang Anisha ni adalah sepupu jauh dan childhood atau family friend kepada Mateen.

Girls, berita ni tak confirm lagi dan tak dapat dipastikan sama ada betul atau tak Mateen ni bercinta dengan Anisha. So korang janganlah sedih sangat. Apa-apapun, selamat stalking!