Persoalan Tentang Umur Berkhatan Untuk Anak Lelaki.Elok Awal Atau Lewat?

Macam trend pula sunat anak lelaki awal-awal sekarang ni.Dalam cuti sekolah yang akan datang tak lama lagi,mesti ramai yang akan mengkhatankan anak mereka.Tidak kitalah sama ada di bandar atau di kampung,jika beramai-ramai mesti cukup meriah!

HUKUM ANAK LELAKI BERSUNAT

Menurut sumber daripada sustaz Zaharuddin,dalil yang menerangkan tentang anjuran berkhatan ialah sebuah hadith dari Riwayat Muslim yang bermaksud :

“Lima perkara fitrah :Berkhatan,mencukur bulu kemaluan,memotong kuku,mencabut bulu ketiak(cukur),memendekkan misai.”

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada 3 kumpulan :

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita.Ia adalah pandanga Imam Malik dalam satu riwayat,Abu Hanfiah dan sebahagian ulama Mazhab Syafie.

2)Wajib bagi lelaki dan wnaita.Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik

3)Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita.Demikian sebahagian ulama Syafie,dan mazhab Hanbali.

Sebagai kesimpulan,disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib

UMUR PALING SESUAI UNTUK ANAK LELAKI BERSUNAT,AWAL ATAU LEWAT?

Bagi mereka yang belum membawa anak lelaki bersunat,mungkin anda memikirkan umur tertentu unutk mereka disunatkan.Atau mungkin bagi yang sedang mengandung,tertanya-tanya juga jika anak lelaki ini boleh disunatkan ketika masih bayi,seperti anak perempuan.

Di Malaysia,kita biasa melihat anak lelaki bersunat beramai-ramai sekitar usia 5-10 tahun.Walau bagaimanapun,sebenarnya tiada waktu bekhatan yang dikhususkan untuk anak lelaki.

JIKA DIAWALKAN

Terdapat ahli ilmuan yang berpendapat,anak lelaki lebih elok disunatkan sejak hari ketujuh kelahiran mereka.Antara sebabnya ialah supaya rasa kesakitan itu dapat diminimakan dan komplikasi di kalangan bayi adalah rendah

Lazimnya doktor juga akan memeriksa 3 perkara ini sebelum dapat menjalankan prosedur :

– Bayi sihat sepenuhnya,tidak demam atau mengalami sebarang komplikasi ketika lahir

– Tali pusat sudah tertanggal

– Zakar bayi cukup panjang untuk melakukan prosedur tersebut

JIKA DILEWATKAN

Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat bahawa berkhatan lebih baik dilakukan apabila menghampiri usia mumaiyiz atau baligh kerana perbuatan tersebut bertujuan menyempurnakan thaharah (bersuci) dalam beribadah.

Tambahn pula,kini terdapat kaedah moden seperti ‘smart klamp’ dan telah dipraktikkan di banyak klinik seluruh Malaysia.Prosedur ini amat ringkas,bersih dan teratur.Yang penting,ia tidak melibatkan jahitan dan mudah dijaga!

HIKMAH ANAK LELAKI BERSUNAT

Sesuatu yan dianjurkan oleh sunnah tentulah banyak manfaatnya,baik dari segi agama mahupun kesihatan.Tidak kisahlah pada usia apa pun,tujuan utamanya ialah untuk menjaga kebersihan.

Malah,ia dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada saluran kencing anak-anak serta melindungi mereka risiko keradangan dan kanser zakar

Setelah berkhatan,penting untuk kita memastikan mereka berehat dan memberi penjagaan supaya proses penyembuhan dapat berjalan dengan lancar.