Petua Nak Susutkan Bengkak Yang Anda Kena Tahu. Berkesan Dan Mujarab Tau

Pernah tak korang mengalami masalah bengkak pada kaki atau tangan atau dimana-mana bahagian di badan korang? Kalau ada, kami nak kongsi sedikit tips berkesan untuk susutkan bengkak yang korang boleh cuba buat dekat rumah. Yang penting, tips ni memang mujarab! Tapi, sebelum guna tips ni, korang kena sediakan dulu bahan-bahannya.. Meh kita tengok apa tips yang diperlukan :

Bahan-bahan :

  • Sediakan segenggam beras
  • Segenggam kencur
  • Sedikit Air

Cara-cara yang disediakan:

Korang rendam beras 1 jam sebelum ditumbuk. Basuh kencur hingga bersih. Tapi korang tak perlu buang kulitnya.

2) Tumbuk Bahan

Seterusnya, korang tumbuk kedua-dua bahan tadi sampai lumat tau !

3) Tambah Air

Bila dah hancur, korang tambah sedikit air. Kemudian, tumbuk hingga jadi betul2-betul halus okay!

4) Siap untuk digunakan

Bila dah betul-betul hancur, korang boleh masukkan ke dalam bekas okay. Ini dah siap untuk digunakan tau.. Kalau korang buat lebih, simpan je dalam peti ais.

5) Sapu kat tempat yang bengkak !

Korang kena sapu rata di bahagian yang bengkak , kemudian biar sahaja supaya bahan-bahan yang dicampur meresap di bahagian yang bengkak. Bila kering, korang bilas dengan air bersih tau.

Sapu pada waktu malam dan biar semalaman. Ibu yang berpantang pun boleh pakai tips ni tapi lagi elok korang tambahkan sedikit kunyit dalam ramuan. Korang sapu di seluruh badan untuk bagi angin keluar.

Nak kesan yang cepat, korang pakau 3 kali di kawasan yang bengkak tu okay!

Kredit : Puan lina hassan