Ramai Yang Tak Tahu Cara Nak Block Telefon Sekiranya Hilang Ataupun Dicuri

Pernah atau tidak anda mengalami masalah kehilangan telefon atau telefon dicuri? Pasti anda pernah mengenali saudara, adik beradik atau rakan terdekat yang pernah kehilangan telefon ini. Apa yang anda lakukan sekiranya kehilangan telefon?

Maka selepas ini bagi yang mempunyai telefon mahal itu, tidak perlu risau dah. Hal ini kerana telefon anda selamat dan kemungkinan besar dapat dijumpai balik.

Sebelum terjadi apa-apa pada telefon anda, boleh pergi ke bahagian setting, selepas itu ke about. Anda perlu simpan nombor IMEI, tarikh membeli handphone itu dan nombor siri telefon.

Maka selepas itu, anda boleh daftar seberapa banyak telefon yang anda ada. Selepas selesai, baru rasa lega sedikit.

Sekiranya telefon anda hilang, anda boleh hubungi operator telefon dan laporkan bahawa ingin block telefon tersebut.

Mereka akan meletakkan telefon anda sebagai tidak boleh digunakan (useless). Bagi pengguna yang tidak dibenarkan, memang langsung tidak dapat mengunakan telefon tersebut.

Maka, anda boleh cuba mendaftar dan selamatkan telefon anda.

Namun sekiranya, anda menjumpai telefon itu semula. Anda boleh unblock telefon itu semula.

Perkara yang lebih menarik, bagi yang telah hilang telefon untuk tempoh yang lama pun masih boleh cuba block telefon anda.

Sekiranya anda telah block telefon anda, pengguna baru tidak boleh mengunakan telefon itu walaupun menukar mengunakan apa jenis sim card sekalipun.